• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Funky Cat Di UK, GWM ORA Ganti Dengan ORA 03, Daripada RM190 Ribu

Tiada Funky Cat Di UK, GWM ORA Ganti Dengan ORA 03, Daripada RM190 Ribu

July 13, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

NAMPAKNYA si 'kucing baik' Good Cat telah diberi nama baharu di United Kingdom (UK). ORA Funky Cat kini dikenali sebagai ORA 03. Eh! Good Cat atau Funky Cat? Mana Satu?

Tidak seperti pasaran tempatan dan negara jiran, GWM ORA menggunakan nama Funky Cat di UK sejak 2022 dan keputusan untuk menukar nama selaras dengan strategi penjenamaan yang diperkenal pada 2023.

Dari segi sambutan, sebanyak 1,000 buah Funky Cat berada di atas jalan raya UK sejak GWM ORA memulakan jualan pada November 2022.

Pemilihan nama baharu juga susulan bantahan pendaftaran tanda dagang Funky Cat di UK. Selain itu, penamaan berdasarkan angka telah digunakan di Afrika Selatan, Australia, Singapura dan Filipina.

Angka yang dipilih berdasarkan saiz model dengan nombor rendah mewakili model kecil di dalam barisan produk GWM.

Penamaan model berdasarkan angka turut digunakan secara meluas oleh pengeluar termasuk syarikat kereta kebangsaan PROTON.

ORA 03 dibahagikan kepada dua model iaitu PURE+ dan PRO+.

Model asas PURE+ dilengkapi perkakasan seperti pengecas telefon tanpa wayar, pengecaman wajah, kerusi depan elektrik, penyepaduan aplikasi dan bantuan suara pintar 'Hello ORA'.

ORA 03 PRO+ boleh dipandu lebih jauh atau sehingga 418 kilometer (km) (WLTP) dan dilengkapi perkakasan asas seperti kerusi depan dengan fungsi pemanas, sejukan dan urutan dan bumbung panoramik.

Turut dilengkapi stereng dengan pemanas, pintu but berkuasa gerakan anggota badan, cermin gelap dan bantuan parkir automatik termaju.

Untuk warna, pelanggan ditawarkan pilihan baharu di antaranya Moonlight White Metallic dan bumbung Starry Black.

Selain nama, GWM ORA bakal memperkenal varian tambahan 03 termasuk versi sporti dan juga model baharu ORA 07 buat pelanggan UK pada tahun ini.

Ciri-ciri GWM ORA 03 PURE+ dan PRO+ 2024 pasaran UK:

  • Kapasiti bateri (kWj): 48 (63).
  • Kuasa: 126kW/171 ps.
  • Jarak pemanduan (km) (WLTP): 310 (420).
  • Kelajuan maksimum (km): 159
  • Pecutan 0 - 100 km/j (saat): 8.3 (8.2)
  • Jenis bateri: Litium-ion fosfat (litium ternari)
  • Berat (kg): 1540 (1580)

Tempoh pengecasan

  • AC 11kW 15 - 100%: 3.2 jam (4.3 jam)
  • AC 6.6kW 15 - 80%: 5.4 jam (7.2 jam)
  • DC 15 - 80%: 42 min 67 kW (48 min 67 kW)

Harga:

  • GBP£31,995 / RM189,962 (34,995/207,793)
ORA 03 2024 UK.06
ORA 03 2024 UK.05
ORA 03 2024 UK.04
ORA 03 2024 UK.03
ORA 03 2024 UK.02
ORA 03 2024 UK.01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: GWM, GWM ORA, GWM ORA Funky Cat First Edition, Ora, ORA 03, ORA Funky Cat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev