BEBERAPA hari lalu, penulis ada berkongsi maklumat bahawa model supermoped terbaharu WMoto sedang menjalani ujian enduran di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Nampak gayanya, motosikal itu berjaya dikesan pemilik akaun Facebook Najwa Syafiqah di sebuah stesen minyak di Gopeng, Perak. Malah beberapa foto rakaman beliau dikongsi di grup Facebook Yamaha Ego Gear.
Foto dirakam itu mendedahkan rupa supermoped berwarna merah dengan rekabentuk badan menarik mengikut trend semasa.
APA KAMI NAMPAK?
- Set lampu siang (DRL) pada bahagian panel kepala dan juga atas lampu utama jenis projektor yang dipasang pada fairing dada depan.
- Lampu signal depan disepadu pada fairing sisi yang diposisi bawah lampu projektor depan. Lampu brek belakang pula menampilkan rekaan huruf T. Sistem lampu nampaknya jenis LED.
- Panel meter jenis digital penuh berwarna dengan takometer di atas, hingga has rev 12,000rpm. Di atas, ada beberapa indikator atau simbol seperti lampu enjin, lampu Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan gear N (neutral).
- Spidometer ditempatkan di tengah skrin, manakala odometer dalam skrin kecil di bawah bersama maklumat lain seperti jam, voltan bateri dan kadar penggunaan bahan api.
- Indikator suhu enjin dan bar petrol ditempatkan di kiri dan kanan panel meter.
- Ada dua butang hitam untuk mengubah tetapan paparan panel meter.
- Terotel minyak jenis dwi-kabel.
- Sistem penghidup seperti jenis tanpa kunci (keyless) berserta butang untuk buka tempat isian petrol atau pelana.
- Di bahagian belakang panel meter kelihatan seperti ada port USB.
- Fork teleskopik konvensional din depan, dan monoshock di belakang.
- Sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda, dengan kaliper dwi-piston di depan, kaliper piston tunggal (belakang).
- Rim aloi hitam paten bintang.
- Sistem ekzos jenama WMoto.
Leave a Reply