• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda WR-V (Elevate) 2024 Lancar di Jepun Mac Tahun Depan, Harga Mula RM68k

Honda WR-V (Elevate) 2024 Lancar di Jepun Mac Tahun Depan, Harga Mula RM68k

December 22, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS mengumumkan penawaran Honda WR-V (Elevate) 2024 di Jepun, pengeluar dari Jepun itu kini berkongsi lebih maklumat termasuk tarikh jualan model tersebut, iaitu 22 Mac 2024 dengan mensasarkan jualan bulanan 3,000 unit.

Honda WR-V 2024 ditawarkan dalam tiga varian, X, Z dan Z+ yang semua dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC dan dipadankan transmisi automatik CVT dengan penukar tork serta pacuan roda depan (FWD) yang memberikan output kuasa 116hp @ 6,600rpm dan tork 142Nm @ 4,300rpm.

Transmisi kenderaan utiliti sukan (SUV) itu menggunakan Kawalan Anjakan G-design (GDSC) iaitu kawalan bersama antara Drive-by-wire (DBW) dan CVT termasuk anjakan langkah (step shift) ketika pecutan dan nyah pecut.

Gegaran enjin dikurangkan dengan mengoptimum posisi dan saiz mounting enjin. Selain itu, penebat dan peredam mengurangkan bunyi jalan untuk suasana dalam kabin selesa, tetapi masih menyajikan deruman enjin i-VTEC.

Walaupun berkongsi nama seperti WR-V Asean, tetapi kedua model itu adalah berbeza yang mana WR-V Jepun lebih besar.

Dimensi Honda WR-V Jepun vs Honda WR-V Asean

  • Panjang 4,325mm (4,060mm); Lebar: 1,790mm (1,780mm); Tinggi: 1,650mm (1,608mm)
  • Jarak roda: 2,650mm (2,485mm)
  • Ruang bagasi: 458 liter (380 liter)

Stereng kuasa elektronik dan sistem suspensi disesuaikan daripada casis Jazz dioptimum untuk WR-V supaya mudah dikendali dengan kualiti pengendalian linear.

Jarak roda panjang menyumbang kepada kestabilan laluan lurus dan keselesaan penumpang.

Ruang kabin, Honda memberikan unit infotainmen LCD TFT 7 inci dan kluster instrumen analog. Skrin LCD memaparkan maklumat asas seperti spidometer, mod pemanduan dan Honda SENSING dalam bentuk mudah dibaca.

Keselesaan penumpang belakang diberi perhatian melalui corong pengudaraan untuk aliran penyaman udara kepada penumpang belakang yang dilengkapi pada semua varian.

Ciri Honda SENSING

  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  • Kawalan Terotel Elak Pelanggaran (CATC).
  • Kawalan Terotel Elak Perlanggaran Belakang (RCATC)
  • Brek Halaju Rendah (LSB)
  • Elak Salah Pecut
  • Sistem Stereng Elak Perlanggaran Pejalan Kaki
  • Sistem Elak Tersasar Lorong (LDAS)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS).
  • Sistem Notifikasi Pergerakan Kereta Depan (LCDNS)
  • Pengecaman Papan Tanda Jalan Raya
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Sistem Sensor Parkir

Bahagian depan dilengkapi kamera pandangan lebar dengan lapan sensor sonar depan dan belakang.

Varian dan Harga

  • WR-V X: 2,098,800 yen (RM68,470)
  • WR-V Z: 2,349,600 yen (RM76,640)
  • WR-V Z+: 2,489,300 yen (RM81,190)

Related

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda Elevate, Honda WR-V, Honda WR-V 2024, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my