• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Bantu Umum Panggil Balik Lebih 8,200 Kenderaan Terjejas, Babit Lima Jenama Popular

JPJ Bantu Umum Panggil Balik Lebih 8,200 Kenderaan Terjejas, Babit Lima Jenama Popular

December 15, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) membantu pemain sektor automotif dengan membuat hebahan panggil balik (recall) 8,250 unit kenderaan membabitkan lima jenama terkemuka.

Hebahan dibuat menerusi Facebook rasmi agensi itu bertujuan membantu pengeluar dan pengedar terlibat menjalankan kempen baik pulih kenderaan terjejas demi keselamatan pengguna.

Pengumuman kali ini membabitkan empat jenama kenderaan empat roda, iaitu Audi, Volkswagen, Mercedes-Benz dan Kia serta satu pengeluar motosikal, Yamaha.

KIA - Dinamikjaya Motors

Jenama dengan bilangan kenderaan paling banyak dipanggil balik ialah Kia dengan 2,920 unit, membabitkan satu model, iaitu Carnival keluaran 2021 hingga 2023.

VOLKSWAGEN - Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)

Kenderaan jenama Volkswagen pula menduduki senarai kedua tertinggi kali ini, melibatkan 2,802 unit dengan tahun pengeluaran antara 2010 hingga 2013. Berikut pecahan unit mengikut model terjejas:

AUDI - PHS Automotive Malaysia (PHSAM)

Panggilan balik dengan jumlah kenderaan terendah membabitkan model Audi e-tron GT iaitu 41 unit yang dihasilkan tahun ini.

MERCEDES-BENZ - Mercedes-Benz Malaysia (MBM)

Satu lagi kenderaan jenama Jerman, Mercedes-Benz turut tersenarai menjalankan kempen panggil balik untuk kenderaan keluaran 2020 hingga 2023. Berikut model dan jumlah unit terkesan:

YAMAHA - Hong Leong Yamaha Motors (HLYM)

Yamaha menjadi satu-satunya jenama motosikal terlibat dengan kempen panggil balik membabitkan dua varian MT-09, iaitu Yamaha MT-09 dan MT-09 Tracer GT. Jumlah unit dipanggil balik, 2,324 unit.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ Malaysia Recall, kempen panggilan balik kenderaan, roda2, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev