• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pasukan Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (APU) Juara Cabaran #ShellSelamatSampai 2023!

Pasukan Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (APU) Juara Cabaran #ShellSelamatSampai 2023!

December 13, 2023 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


PASUKAN pelajar Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (APU), Team APU menjuarai pusingan akhir pertandingan #ShellSelamatSampai Varsity Challenge 2023 yang berlangsung di auditorium utama Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Khamis lalu (7 Disember).

Team APU terdiri daripada empat pelajar Aaron Raj Bhaltti, Cajun Tai Ka Joon, Ronak Robert Vijai dan Sharen Chrisan Fabian Perera yang menghasilkan projek dipanggil Guardian Defense Unit.

Projek tersebut berupa inovasi peranti sensor titik buta untuk motosikal yang mampu mencegah penunggang daripada kemalangan. Menariknya, preanti dihasilkan boleh dihasilkan khas untuk motosikal kuasa kecil seperti kapcai.

Pasukan APU adalah satu daripada lima pasukan institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang bersaing dalam cabaran tersebut. Empat pasukan lain yang bertanding ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Naib Juara; Universiti Putra Malaysia (UPM), ketiga; Universiti Malaya (UM) keempat dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), kelima.

Salah seorang ahli APU Team berkata;

Kami sangat berterima kasih kepada Program #ShellSelamatSampai kerana memperkenalkan kami kepada alat pemikiran inovatif dan metodologi penyelesaian masalah yang penting dalam pelaksanaan projek kami.

"Ini membantu dalam pelaksanaan projek yang kami harap dapat membantu mengurangkan kemalangan berkaitan jalan raya.

"Kami akan terus menyebarkan kesedaran mengenai projek kami dan memperkasa komuniti lebih besar untuk memanfaatkan projek kami ke arah mengurangkan kemalangan jalan raya."

Cabaran #ShellSelamatSampai Varsity Challenge 2023 tahun ini adalah bertemakan 'INOVATIF, MENAWAN HATI, HIDUP SELAMAT' yang terbuka kepada semua pelajar IPT seluruh Malaysia.

Pertandingan ini bertujuan memperkasa belia dalam menggabungkan elemen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam mencadangkan penyelesaian inovatif bagi mengurangkan isu keselamatan jalan raya.

Pengurus Besar Perhubungan Korporat Shell Malaysia,Cindy Lopez (foto bawah, tiga dari kanan) berkata;

Keselamatan jalan raya lebih daripada sekadar mematuhi peraturan lalu lintas.

"Setiap tahun, banyak nyawa terkorban akibat pemanduan melulu, kecuaian dan kurang kesedaran.

"Di Shell, kami percaya dengan menerapkan nilai keselamatan jalan raya dalam kalangan belia, kami dapat memperkasakan mereka untuk memasukkan langkah inovatif dalam inisiatif keselamatan jalan raya yang akan membantu meningkatkan budaya keselamatan jalan raya dalam kalangan mereka dan komuniti sasaran."

Pusingan akhir 2023 ini dinilai panel hakim terhormat yang terdiri daripada: [berdiri paling kanan] Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Hilman Awang @ Semail, Pengarah Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkah Laku Jalan Raya, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ir Ts En Azhar Hamzah, [berdiri paling kiri] Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ir Mohd Yusop Mohamad;  Ketua Editor PanduLaju.com.my, Mohd Azhan Othman, dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya Pengangkutan Berisiko Tinggi Shell Malaysia, Harnamdav Singh (Ketua Juri).

Maklumat lanjut mengenai STEM dan inisiatif pembangunan komuniti Shell, boleh layari https://www.shell.com/communities/education.html.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: #ShellSelamatSampai, #ShellSelamatSampai Varsity Challenge 2023, Auto Terkini, Guardian Defense Unit, Shell Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (APU)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my