• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loke: "Saya Mohon Maaf...Tiada Lagi Diskaun Saman JPJ"

Loke: "Saya Mohon Maaf...Tiada Lagi Diskaun Saman JPJ"

December 11, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi akan menawarkan sebarang diskaun kepada orang ramai terhadap saman yang dikeluarkan agensi Kerajaan itu.

Perkara itu dijelaskan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ketika menghadiri Program Karnival Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di ibu kota, baru-baru ini.

Loke menegaskan, Kementerian sudah menetapkan dasar supaya agensi itu tidak lagi menawarkan pelepasan atau diskaun terhadap saman dikeluarkan sejak beliau menyandang jawatan itu pada 2018.

Terdahulu, Loke ketika pentadbirannya sudah melupuskan lebih empat juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang menyebabkan hasil Kerajaan susut kira-kira RM600 juta.

Logo JPJ

Menurutnya;

Sejak menjawat jawatan Menteri Pengangkutan pada 2018, saya sudah menetapkan dasar no discount untuk saman JPJ. Mengapa kita buat begitu?

"Yang pertamanya, kalau masih ingat... saya sudah batalkan lebih 4 juta saman AES pada 2018. Pada ketika itu, memang ramai orang menyambut dengan baik. Tapi saya dah beritahu itu one-off sahaja (batal saman AES).

"Kedua, kita mahu beri mesej kepada orang ramai bahawa saman adalah untuk mendidik. Tetapi kalau kita bagi diskaun, seolah-olah ini boleh ditolak-ansurkan atau sebagainya.

"Kita juga dapat maklum balas daripada orang ramai. Kalau kita bagi diskaun, ia tidak adil kepada orang yang bayar pada masa ditetapkan ataupun mereka yang bayar awal. Agensi lain... saya tak boleh komenlah. Agensi lain ada pertimbangan lain... umpamanya polis ada pertimbangan lain."

Beliau berkata, keputusan itu adalah sebulat suara dengan mengambil kira pandangan pengurusan tertinggi JPJ, selain faktor membabitkan isu keselamatan jalan raya yang melibatkan orang ramai.

Ketiadaan tawaran diskaun itu ialah mesej tegas kepada orang ramai bahawa JPJ dan Kementerian Pengangkutan tidak akan berkompromi dengan aspek keselamatan jalan raya.

Loke menambah;

Saya mohon maaf, kerana bagi saya apa yang paling penting adalah isu keselamatan jalan raya perlu diberikan keutamaan."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Menteri Pengangkutan, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my