• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Perodua Bezza yang Dulu Bukanlah yang Sekarang, Kini Tidak Lagi Tonggek

Perodua Bezza yang Dulu Bukanlah yang Sekarang, Kini Tidak Lagi Tonggek

April 14, 2017 By Han Othman 2 Comments

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBAGAI menyahut cabaran dan kritikan ramai, Perodua Bezza sekali lagi tampil berbeza dengan melakukan penambahbaikan ke atas rekabentuk sedan itu.

Antara perubahan dilakukan ialah memuatkan kemasan platinum krom pada varian Premium X dan Advance Version. Selain itu, varian Advance Version juga menawarkan rekaan kerusi kulit baru sebagai tanda meraikan kehadiran ahli famili baharu Perodua itu.

Lebih menarik, tiada sebarang penambahan harga dibuat dan model tersebut dapat dilihat di semua bilik pameran Perodua seluruh negara.

BACA >>> Ketahui 12 Fakta Menarik Sebelum Mahu Beli Perodua Bezza (2016)

SEDAN SEGMEN-A PALING LARIS

Sedikit tentang Bezza, sedan segmen-A pertama Perodua itu dilancarkan pada 21 Julai tahun lalu - 2016 - dan pantas menjadi sedan paling laris pada suku pertama tahun ini, iaitu sebanyak 15,900 unit terjual. Keseluruhan jualan setakat ini ialah 50,900 unit sejak mula diperkenalkan. Perodua Bezza turut dianugerahkan Debut Kereta Terbaik 2017 oleh Frost & Sullivan Malaysia.

Bezza didatangkan dalam lima varian, iaitu 1.0L (MT & AT), 1.3L Premium X (MT & AT) dan 1.3L Advance Version (AT sahaja).

Apa yang pasti but Perodua Bezza kali ini tidak lagi tonggek seperti yang diperkatakan ramai orang. Apakah rupa baharu Bezza kali ini lebih menarik? Atau anda merasakan tonggek itu lebih baik dan seksi? Tepuk dada tanya selera. 😀

BACA >>> Perodua Myvi Serba Baharu Bakal Lancar Tahun Ini, Mungkinkah Guna Enjin Bezza?

BACA >>> Menangi Perodua Axia dengan Peraduan Servis & Menang Bermula 1 April - 30 Jun 2017

Perodua Bezza 2017 Facelift_PanduLaju (2)
Perodua Bezza 2017 Facelift_PanduLaju (1)
Perodua Bezza 2017 Facelift_PanduLaju (3)
Perodua Bezza 2017 Facelift_PanduLaju (4)

Related

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Bezza, but baharu Perodua Bezza, Perodua, Perodua Bezza, Perodua bezza 2017, Perodua Bezza facelift (2017)

Comments

  1. muhammad syahir omar says

    April 17, 2017 at 2:08 AM

    happy and good luck

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev