• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Labur Lebih RM1b di Malaysia, Turut Sokong Pemasangan EV CKD

Chery Labur Lebih RM1b di Malaysia, Turut Sokong Pemasangan EV CKD

November 29, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


CHERY Automobile Co Ltd (Chery) menyatakan komitmen membuat pelaburan lebih RM1 bilion di Malaysia selepas setahun menubuhkan subsidiari Chery Corporate Malaysia (CCM) dengan memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) seperti Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro.

Pelaburan itu turut menyokong misi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dalam pembuatan dan pemasangan kenderaan elektrik (EV) tempatan (CKD). Mungkinkah model Chery Omoda 5 EV?

miti chery -1
miti chery -2

Perkembangan terbaharu itu dikongsi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi Facebook.

Tengku Zafrul berkata, Chery sudah membuka lebih 600 pekerjaan kepada rakyat tempatan dan MITI berharap lebih banyak aktiviti bernilai tinggi akan dilaksana di Malaysia.

miti chery -3
miti chery -4

Beliau juga berpeluang memandu uji model EV Omoda 5, petang semalam selepas mengadakan pertemuan dengan barisan pengurusan tertinggi Chery yang hadir ke Malaysia, awal minggu ini.

Sebelum ini, pengeluar automotif dari China itu pernah menyatakan rancangan memperkenalkan dua subjenama baharu, Jaecoo dan Exeed di Malaysia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Chery Automobile Co. Ltd., Chery Corporate Malaysia (CCM), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (#NIMP2030)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev