• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Sita 14 Motosikal Ditunggang Mat Bangla di Perlis

JPJ Sita 14 Motosikal Ditunggang Mat Bangla di Perlis

November 20, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SERAMAI 14 penunggang motosikal warga Bangladesh ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis dan semua kenderaan ditunggang disita.

Tindakan itu dibuat menerusi Ops Bersepadu Khas JPJ dan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang bermula sejak 1 November 2023.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, kumpulan warga asing itu dikesan menunggang motosikal tanpa memiliki Lesen Memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Beliau berkata;

Mereka dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 26(1), 23(1) dan 90(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) pindaan 2021, manakala motosikal milik warga asing tersebut disita mengikut Seksyen 64(1) akta yang sama.

"Selain pemandu warga asing ini, turut dikenakan tindakan saman bagi kesalahan yang sama adalah pemilik motosikal yang membenarkan pemandu warga asing memandu tanpa Lesen Memandu yang sah."

Jika disabitkan kesalahan, pemandu dan pemilik kenderaan itu boleh dihukum denda RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) Pindaan 2021.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Fatimah Mohamed Ali Piah, Isu Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis, JPJ Perlis, roda2, sita

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my