• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Sita 14 Motosikal Ditunggang Mat Bangla di Perlis

JPJ Sita 14 Motosikal Ditunggang Mat Bangla di Perlis

November 20, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SERAMAI 14 penunggang motosikal warga Bangladesh ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis dan semua kenderaan ditunggang disita.

Tindakan itu dibuat menerusi Ops Bersepadu Khas JPJ dan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang bermula sejak 1 November 2023.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, kumpulan warga asing itu dikesan menunggang motosikal tanpa memiliki Lesen Memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Beliau berkata;

Mereka dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 26(1), 23(1) dan 90(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) pindaan 2021, manakala motosikal milik warga asing tersebut disita mengikut Seksyen 64(1) akta yang sama.

"Selain pemandu warga asing ini, turut dikenakan tindakan saman bagi kesalahan yang sama adalah pemilik motosikal yang membenarkan pemandu warga asing memandu tanpa Lesen Memandu yang sah."

Jika disabitkan kesalahan, pemandu dan pemilik kenderaan itu boleh dihukum denda RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) Pindaan 2021.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Fatimah Mohamed Ali Piah, Isu Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis, JPJ Perlis, roda2, sita

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kerajaan Lancar Skim Galakan Penggunaan Motorsikal Elektrik Esok
    Kerajaan Lancar Skim Galakan Penggunaan Motorsikal Elektrik Esok
  • smart #1 Catat 1,000 Unit Tempahan Sejak Lancar Hujung November Lalu
    smart #1 Catat 1,000 Unit Tempahan Sejak Lancar Hujung November Lalu
  • Mercedes-Benz EQE 500 4MATIC SUV 2023 Lancar Di Malaysia, Harga RM485,888
    Mercedes-Benz EQE 500 4MATIC SUV 2023 Lancar Di Malaysia, Harga RM485,888
  • Jaecoo J7 AWD Jalani Ujian Enduran di Jalan Raya Malaysia, Lancar Tahun Depan!
    Jaecoo J7 AWD Jalani Ujian Enduran di Jalan Raya Malaysia, Lancar Tahun Depan!

PANDU UJI

#PanduUji: Audi RS e-tron GT yang Fiil Tak Macam Bawa EV!

AUDI Malaysia bulan lalu mengadakan sesi pandu uji model elektrik Audi … [Baca Lagi...]

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my