SEJAK diperkenalkan ke pasaran sejak Ogos tahun ini, Honda City (2023) versi dipertingkat (facelift) menjadi antara model sedan segmen-B paling diminati ramai eksekutif muda dan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Menariknya, Honda City (2023) facelift diperkenalkan dalam lima varian pilihan yang dilengkapi trenkuasa yang cekap penggunaan bahan api dan teknologi keselamatan termaju Honda SENSING.
Kini, Honda Malaysia tampil dengan inisiatif baharu untuk membantu kakitangan sektor awam memiliki Honda City (2023) dengan ganjaran bernilai hingga RM8,000!
Tawaran menarik itu terhad hingga 30 November 2023 sahaja. Jadi inilah masa paling sesuai kepada anda yang mahu mendapatkan sedan Honda baharu kerana bermula tahun depan, harga kenderaan dijangka meningkat.
APA ANDA PERLU TAHU?
- Promosi ini cuma membabitkan varian E dan V dengan diskaun RM1,800 setiap satu.
- Bagi promosi November 2023, ada tambahan RM4,000 untuk dua varian berkenaan.
- Tidak cukup itu, semua varian itu juga layak mendapat pakej filem cermin gelap (tinted) Ecotint bernilai RM2,200 dengan jumlah keseluruhan RM8,000.
- Bagi varian S (model asas) dan RS (varian perdana), pembeli akan menerima diskaun RM2,000 bulan ini.
- Selain City, Honda Malaysia juga menawarkan kempen rebat tunai untuk model lain seperti Accord, Civic, HR-V dan WR-V.
Leave a Reply