INI berita yang kami baru terima. Segmen moped bakal menerima pesaing baharu apabila Mforce Bike Holdings Sdn Bhd bakal memperkenalkan SYM Super Moped 175i pada tahun depan.
Model yang sepatutnya dilancarkan tahun ini terpaksa ditunda bagi memberi laluan kepada 'adiknya' Benelli RSF 150i yang baru saja diperkenalkan baru-baru ini.
Menurut sumber SYM Malaysia, model moped berkenaan masih menjalani proses ujian. Dari segi prestasi, SYM Super Moped 175i bakal dipadankan enjin 175cc. Ya, ia ialah enjin moped terbesar setakat ini.
BACA >>> Benelli RFS 150i Siap Sedia Cabar Y15ZR & RS150R - Harga Bermula RM6,988
BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?
HARGA
Kami sempat bertanya kepada sumber SYM Malaysia, berapakah anggaran harga jualan SYM Super Moped 175i. Menurutnya, SYM Super Moped 175i bakal dijual pada harga kompetitif iaitu sekitar RM7,500 hingga RM8,000. Wow, memang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain.
Persoalannya, mampukah SYM Super Moped 175i memikat hati rakyat Malaysia? Apakah ia akan memberi saingan hebat buat Yamaha Y15ZR atau Honda RS150R. Benarkah ia akan dijual pada harga begitu murah?
Mari kita sama-sama nantikan. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan di PanduLaju.
BACA >>> 45 Foto Ini Akan Buat Anda Jatuh Cinta Pada Benelli RFS 150i
nizam says
kena lagakan di cubprix..baru tahu prestasinya.
arif says
Tahun depan tu tahun 2019 ? Sudah setahun tak ada khabar berita.