MEMANDANGKAN pengumuman harga minyak masa kini dibuat setiap minggu sekali, ada baiknya kita mula mengubah gaya mengisi minyak dengan cara lama kepada cara baru, iaitu mengikut liter dan bukan ringgit lagi.
Kenapa? Sudah tentu untuk mendapatkan nilai dan isian minyak yang lebih tepat tanpa sebarang 'campur tangan' mekanisme bundaran (rounding). Ini kerana pengumuman kadar minyak baru ini akan menyaksikan penambahan atau pengurangan harga dalam jumlah sen yang lebih kecil.
BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah 5 Tip Mahu Jimat Minyak Motosikal Anda
PEDULIKAN WANG BELANJA ANDA
Kita ambil harga siling petrol RON95, RM2.08. Kalau kita isi minyak ikut cara lama, misalnya RM10, jumlah liter yang diisi ialah 4.807 liter, dan jika dibundarkan, jumlah liter mungkin jadi 4.81 liter, atau kekal 4.807 liter (ikut tetapan pam setiap stesen).
Kami pun tidak tahu bagaimana sistem pam berfungsi dengan isian 4.81 liter. Adakah tepat atau ada ralat? Ataupun ada lebihan 7-8 titis petrol untuk sukatan ml (mililiter)? Jadi, cadangan kami kepada pembaca, kita harus peka dengan setiap nilai wang yang dibelanjakan dan mesti mula mengubah cara mengisi minyak sekarang!
BACA >>> Kerajaan Kurangkan Harga Siling Petrol RON95, Tidak Akan Lebih RM2.08 Seliter
ISI IKUT LITER
Di bawah ini kami senaraikan jumlah isian minyak mengikut liter dengan berpandukan harga siling petrol RON95, RM2.08:
- 5 liter = RM10.40
- 10 liter = RM20.80
- 15 liter = RM31.20
- 20 liter = RM41.60
- 25 liter = RM52
- 30 liter = RM62.40
- 35 liter = RM72.80
- 40 liter = RM83.20
- 45 liter = RM93.60
- 50 liter = RM104
- 55 liter = RM114.40
- 60 liter = RM124.80
INGAT KAPASITI TANGKI MINYAK!
Anda perlu tahu kapasiti tangki minyak terlebih dahulu sebelum mengisi. Boleh buat anggaran mengikut bar atau indikator minyak di panel meter. Ini kerana anda perlu ambil kira juga minyak simpanan dalam tangki.
Kalau tangki minyak kereta anda 40 liter, itu bukanlah bermakna anda perlu isi penuh sebanyak itu apabila lampu minyak berkelip, melainkan kereta anda betul-betul habis minyak dan tersadai tepi jalan. Jumlah isian penuh sebenar mungkin dalam 30-33 liter sahaja.
BACA >>> #ApaNakBuat: Berapa Baki Petrol dalam Tangki Selepas Lampu Minyak Berkelip?
ISI SAJA IKUT LITER YANG DISUKAI
Apa, malas? Tak mahu buat kira-kira setiap minggu. Oklah sekarang, apa kata isi saja ikut berapa liter anda suka. Misalnya, beritahu kaunter anda mahu isi 4 liter, dan anda kena bayar RM8.32 (RM2.08*4 liter). Apabila dibundarkan jadi RM8.30. Hah, kan dah jimat 4 sen. 😛
Pastikan nilai isian di bawah 5 sen kerana kalau lebih, misalnya 6 sen, faedah lebih kepada tuan stesen. Contohnya, kalau RM8.66 sen, bayaran akan digenapkan jadi RM8.70. Fahamkan?
BACA >>> #ApaNakBuat: Motosikal Anda Jimat atau Kuat Makan Minyak? Buat 6 Tip Ini!
Ya, anda tetap perlu buat kira-kira. Apapun, jangan malas! Minyak naik 3 sen pun mengamuk sakan, takkanlah tak mahu ambil peduli langsung setiap sen yang kena keluar? Isilah dengan tenang dan jangan stres! 😀
Leave a Reply