BUAT pertama kali, Mitsubishi Triton 2017 menjadi trak pikap pertama di Malaysia yang menawarkan jamina selama lima tahun atau 200,000km perbatuan (mana tiba dahulu).
Demi ketenangan minda pelanggan, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dengan beraninya menawarkan jaminan selama lima tahun (sebelum ini dua tahun) bagi model Mitsubishi Triton VGT 2017.
Selain menawarkan lanjutan jaminan, berikut ialah beberapa penambahbaikan turut dilakukan pada Mitsubishi Triton 2017;
- Gril hadapan lebih menarik dan garang
- Pemijak sisi baharu
- Stereng baharu bersama butang kawalan
- Kerusi elektrik boleh laras - lapan posisi berbeza
- 5-bintang ASEAN NCAP (varian Adventure)
- 7 beg udara (varian Adventure)
- Sistem Kawalan Traksi dan Stabiliti (ASTC)
- Bantuan Brek
- Bantuan Mula-Daki (HSA)
HARGA NAIK SIKIT
- Mitsubishi Triton VGT Adventure X AT (4x4) - RM130,900 (naik RM3,700)
- Mitsubishi Triton VGT Adventure AT (4x4) - RM123,130 (naik RM2,730)
- Mitsubishi Triton VGT AT (4x4) - RM114,400 (naik (RM2,800)
- Mitsubishi Triton VGT MT (4x4) - RM107,600 (naik RM2,800)
- Mitsubishi Triton MT (4x4) - RM93,920 (kekal)
- Mitsubishi Triton Quest MT (4x2) - RM77,390 (kekal)
* Termasuk GST tanpa insurans
BACA >>> Mitsubishi Triton VGT Baharu - Trak Pikap Pertama Guna Enjin Aluminium
ENJIN SAMA
Aspek janaan kuasa, kesemua varian Mitsubishi Triton 2017 kekal sama seperti sebelum ini.
Bagi varian VGT Adventure, ia dikuasakan blok aloi aluminium turbo diesel 2.4L MIVEC mampu menghasilkan kuasa sebanyak 178hp pada 3,500rpm dan tork puncak 430Nm (2,500rpm).
Tunggu apa lagi, jom serbu bilik pameran Mitsubishi sekarang. Jangan lupa pandu uji sekali !!!
Leave a Reply