PENYEDIA perkhidmatan kad pintar dan pembayaran elektronik, Touch ‘n Go Sdn Bhd (TnG) melancarkan kempen tiga bulan di Pulau Pinang untuk menggalakkan pilihan pembayaran tanpa tunai dan lancar bagi pengalamanan mobiliti bersepadu membabitkan tol, transi dan parkir buat penduduk negeri itu.
Upacara perasmian kempen dilancarkan hari ini di Hotel Royale Chulan di Georgetown yang dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow sebagai tetamu kehormat, termasuk pegawai Kerajaan Negeri dan pelbagai agensi Kerajaan lain.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TnG, Praba Sangarajoo berkata;
Pulau Pinang ada objektif jelas membina infrastruktur digital berdaya tahan menjelang 2023. Mengambil kira perana penting dimainkan pengangkutan dalam pembangunan mana-mana bandar atau rilayah, ekosistem mobiliti efisien bukan saja meningkatkan kualiti hidup penduduk, tetapi juga memacu memacu pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.
“Menjadi rumah kepada syarikat teknologi kewangan dan perintis dalam solusi mobiliti bersepadu, Touch ‘n Go teruja memainkan peranan utama dalam memacu agenda bandar pintar Pulau Pinang menerusi pengenalan solusi dan produk bernilai tinggi yang menggabung inovasi terkini dalam teknologi RFID dan NFC untuk membolehkan pengalaman mobiliti bersepadu dan lancar buat penduduk Pulau Pinang."
Chow pula berkata, pelaksanaan perkhidmatan e-bayaran seperti TnG RFID digalakkan kerana ia memudahkan, cekap dan selamat.
Dengan Touch ‘n Go memulakan perjalanan ini dengan kita, kami yakin dengan kemampuan mencapai misi Kerajaan Negeri untuk menjadi negeri tanpa tunai 100 peratus menjadi 2030.
"Kerajaan Negeri memuji inisiatif dan sokongan Touch ‘n Go, dan kami mahu mengambil peluang ini untuk menyatakan terima kasih kerana menganjurkan kempen ini untuk membantu dan melengkapkan penduduk Pulau Pinang dengan alat yang sesuai ke arah bebas tunai sepenuhnya."
Siri jelajah 'Walao Eh Just In Penang' akan berlangsung hingga Disember ini di pelbagai lokasi seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang mensasarkan memperkenal solusi mobiliti lancar kepada penduduk negeri tersebut dalam bentuk TnG RFID, dan kad TnG dipertingkat (NFC).
Sebuah trak mobile khas akan ditempatkan di beberapa lokasi utama yang menawarkan kempen istimewa kepada warga Pulau Pinang seperti tag RFID dan pek TnG eksklusif yang terdiri daripada tag RFID dan kad TnG versi dipertingkat.
Pengguna juga boleh menikmati rebat segera ketika membuat pembelian produk tersebut di lokasi jelajah. Juga boleh mendapatkan perkhidmatan menampal tag RFID pada kenderaan masing-masing daripada kru bertugas.
Maklumat lanjut mengenai kempen berkenaan boleh layari https://www.touchngo.com.my/promotion/penang-rfid-campaign-2023.
Leave a Reply