• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Subaru WRX TR (2024) Debut di AS dengan Komponen Premium dan Ciri EyeSight

Subaru WRX TR (2024) Debut di AS dengan Komponen Premium dan Ciri EyeSight

November 8, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETIKA Toyota dan Honda masing-masing menawarkan model prestasi GR Yaris, GR Corolla dan Civic Type R, ada satu model yang patut diberi perhatian, iaitu Subaru WRX.

Model itu ialah generasi baharu ditawarkan di pasaran tempatan pada harga lebih sedap didengar. Namun, beberapa ciri ditawarkan tidak setara tiga hero Jepun lain, atau pilihan selain itu adalah mendapatkan versi STI.

Kini ada satu varian istimewa, iaitu Subaru WRX TR (2024) yang dilancarkan di Amerika Syarikat (AS).

Model ini dilengkapi sistem brek prestasi Brembo dengan kaliper depan 6-piston dan 2-piston di belakang, pad, cakera dan silinder master lebih besar.

Set baharu itu meningkatkan kuasa henti, kalis pudar dan fiil pedal serta turut dilengkapi tayar Bridgestone Potenza S007 saiz 245/35 R19 untuk cengkaman lebih baik atas permukaan basah dan kering, termasuk prestasi pembrekan. Rim asal diganti rim khas 19 inci dengan corak multibilah dalam warna kelabu satin.

Subaru juga memperhalusi bahagian pengendalian dengan spring lebih rigid, kekenyalan redaman dan talaan rak stereng.

Hasilnya, Subaru WRX TR (2024) mempunyai kawalan badan dan respons stereng lebih baik dengan mengekalkan kualiti pemanduan. Pemvektoran Tork Aktif (ATV) yang membantu aspek pengendalian model ini adalah ciri asas semua WRX.

Dari segi keselamatan, buat kali pertama teknologi bantuan pemandu Subaru EyeSight ditawarkan sebagai ciri asas WRX manual. Sistem itu terdiri daripada Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Sistem Brek Pra-Pelanggaran (PCS), Amaran Lencong dan Tukar Lorong (LDSW), dan Pengingat Kenderaan Depan Mula Gerak.

Bahagian dalaman Subaru WRX TR (2024) dilengkapi kerusi Recaro dengan balutan Ultrasuede hitam-kelabu dan sulaman benang merah. Kerusi pemandu jenis boleh laras 8-tetapan.

Sistem Multimedia Plus SUBARU STARLINK 11.6 inci menjadi ciri asas dengan skrin sentuh 11.6 inci definisi tinggi (HD) multi-info seperti sistem multimedia, kawalan suhu dan tetapan kereta.

Bagi mengurangkan berat, Subaru menanggalkan bumbung kaca bagi mendapatkan pusat graviti (CoG) lebih rendah dan ruang tambahan untuk helmet pemandu.

Subaru WRX TR (2024) dijana enjin 2.4L BOXER turbo dengan sistem pacuan pacuan semua roda Symmetrical All-Wheel Drive yang menghasilkan output kuasa 271hp @ 5,600rpm, dan tork 350Nm @ 2,000-5,200 rpm. Harga pula akan dimaklumkan kemudian.

BACA >>> Subaru BRZ tS (2024) dengan Suspensi STI, Brek Brembo dan EyeSight Pertama untuk Manual
BACA >>> Subaru Rex Boost Gear Concept (2023), Kembar Lasak Daihatsu Rocky, Perodua Ativa
BACA >>> #TahukahAnda: Lima Dekad dengan Sistem AWD, Kekal Jadi Ciri Premium Subaru!

Subaru WRX TR AS 2024.04
Subaru WRX TR AS 2024.05
Subaru WRX TR AS 2024.01
Subaru WRX TR AS 2024.02
Subaru WRX TR AS 2024.03

Related

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, Subaru, Subaru WRX, Subaru WRX TR, Subaru WRX TR 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev