• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Porsche Cayenne Facelift (2023) Versi CKD Dilancar, Harga RM599,999!

Porsche Cayenne Facelift (2023) Versi CKD Dilancar, Harga RM599,999!

October 6, 2023 By Sharil Leave a Comment

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PORSCHE Malaysia melancarkan kereta sports lima tempat duduknya, Porsche Cayenne versi facelift (2023) untuk generasi ketiga yang dipasang di negara ini pada harga RM599,999.

Porsche Cayenne itu kini telah diperhalusi agar lebih mewah dan berprestasi tinggi. Ia hadir dengan konsep kawalan dan paparan digital, teknologi chasis baharu serta spesifikasi tempatan yang telah dipertingkatkan.

Cayenne pemasangan tempatan baharu ini dilancarkan ke pasaran Malaysia dengan pakej peralatan standard yang telah dipertingkatkan seperti Kawalan Jelajah Adaptif, pintu jenis soft- close dan Sport Chrono Package.

Peralatan standard yang ada pada Cayenne pemasangan tempatan sebelum ini juga dikekalkan. Sebagai contoh, tempat duduk kawalan elektrik 14 tetapi dengan ciri memori, sulaman logo Porsche pada perehat kepala kerusi hadapan, kawalan pendingin hawa empat zon dan bidai cermin belakang kawalan elektrik.

Semasa majlis pelancaran, Porsche Malaysia mengumumkan pakej personalisasi untuk model Cayenne pemasangan tempatan. Pelanggan boleh menempah pilihan rim Cayenne Exclusive Design bersaiz 21 inci dan rim Sport Design berukuran 22 inci.

Bukan itu sahaja, beberapa aksesori gaya hidup Porsche Tequipment seperti sistem hiburan untuk tempat duduk belakang yang mampu meningkatkan pengalaman pelanggan ketika berada di dalam Cayenne baharu turut ditawarkan.

Jika perjalanan melibatkan laluan off-road, ada banyak aksesori Porsche Tequipment boleh anda miliki seperti khemah bumbung dan kotak bumbung berprestasi, rak letak basikal di bahagian belakang serta banyak lagi.

Dengan harga bermula RM599,999 Porsche Cayenne pemasangan tempatan sudah boleh ditempah menerusi platform digital yang mudah di pautan mycayenne.online.

Anda juga boleh mengunjungi The International Gallery di Kuala Lumpur Golf & Country Club bermula 9:00am hingga 4:00pm pada 7 dan 8 Oktober 2023 untuk melihat SUV mewah itu dari dekat.

BACA >>> Puma Lancar Dua Kasut Porsche Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun 911 ke-60
BACA >>> Porsche 911 GT3 Cup Pasukan Sime Darby Racing Guna Liveri Batik

Porsche Cayenne Facelift 2023 - 1
Porsche Cayenne Facelift 2023 - 2
Porsche Cayenne Facelift 2023 - 3
Porsche Cayenne Facelift 2023 - 4
Porsche Cayenne Facelift 2023 - 5
Porsche Cayenne Facelift 2023 - 6
Porsche Cayenne Facelift 2023 - 7
Porsche Cayenne Facelift 2023 - 8
Porsche Cayenne Facelift 2023 - 9
Porsche Cayenne Facelift 2023 - 10
Porsche Cayenne Facelift 2023 - 11
Porsche Cayenne Facelift 2023 - 12
Porsche Cayenne Facelift 2023 - 13
Porsche Cayenne Facelift 2023 - 14
Porsche Cayenne Facelift 2023 - 15

Related

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: CKD, Porsche Cayenne Facelift 2023, Sime Darby

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev