HONDA Malaysia hari ini rasmi melancarkan model paling dinanti ramai, Honda Civic Type R (2023) serba baharu untuk pasaran tempatan pada harga RM399,900, atas jalan tanpa insurans.
Ketibaan hot-hatch itu juga meletakkan Honda Civic Type R (2023) serba baharu sebagai model paling berkuasa pernah dijual Honda Malaysia.
Serentak pelancaran itu juga tempahan Honda Civic Type R (2023) serba baharu dibuka kepada orang ramai yang mana hanya 19 unit dijual kepada pelanggan yang membuat pembelian tahun ini.
Unit selebihnya pula, dan lebih banyak lagi akan tiba pada 2024. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata;
Civic Type R memuatkan DNA teras Honda, iaitu semangat perlumbaan dan pada masa sama memanfaatkan akar mendalam kami untuk berterusan menjangkaui diri sendiri dalam apa saja kami buat dan hasilkan.
"Civic Type R bukan baru di Malaysia kerana kami pernah perkenalkan pada 2007. Kini ada lebih 600 pengguna Civic Type R seluruh negara.
"Hot-hatch serba baharu yang dilancarkan hari ini dihasilkan untuk memberikan prestasi mengujakan di jalan raya dan trek lumba.
"Dengan kuasa dan rupa menakjubkan yang dijual dalam unit terhad dan eksklusif, Civic Type-R serba baharu ini pasti ada tempat yang menyerlah di pasaran."
Berikut spesifikasi Honda Civic Type R (2023) serba baharu:
- Mendapat gril depan fungsional yang dibuka untuk aliran udara, outlet fender depan yang mampu mengurangkan tekanan tayar untuk membolehkan udara mengalir lancar ke sisi, dan kemasa sil sisi untuk meningkatkan kecekapan aliran udara di depan tayar belakang.
- Spoiler aluminium belakang direka semula, dan difuser belakang baharu dipasang untuk memberikan kestabilan tinggi, meningkatkan daya mendap (downforce) dan meminimum seretan (drag) aerodinamik untuk prestasi cemerlang.
- Ciri unik lain ialah rim 19 inci Matte Black, dan lencana eksklusif Type R dengan logo Honda merah pada grilo depan dan but belakang.
- Di sebalik bonet tersimpanenjin 2.0L VTEC Turbo berkuasa 319ps (317hp) dan tork 420Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 5.5 saat.
- Ada empat mod pandu: Comfort, Sport, +R dan Individual yang boleh dikustom pemandu.
- Kokpit direka berasaskan konsep Antaramuka Mesin Manusia (HMI) yang menumpukan aspek kejelasan tinggi, dan pemanduan terbaik, terutama bawah pemanduan halaju tinggi.
- Tema kabin menggabungkan tona merah dan hitam dengan karpet merah dan kerusi sport Type R.
- Kerusi depan menggunakan material baharu dengan sentuhan gradasi merah untuk meningkatkan keselesaan dan menambah sokongan.
- Konsol tengah aluminium dan tombol gear memberikan fiil anjakan terbaik selain menambah ciri sporty, dan tidak dilupakan plat Type R pada ruang dalaman.
- Ciri lain diberikan ialah unit ifntoainement Advanced Display Audio 9 inci, pengecas wayarles, kamera undur multisudut, lapan beg udara, sensor parkir depan dan belakang, aplikasi Honda CONNECT dan teknologi bantuan pemandu Honda SENSING terkini.
- Championship White menjadi warna ikonik untuk model Honda Civic Typer R (2023) serba baharu pasaran Malaysia.
- Ciri unik lain diberikan ialah aplikasi Honda Log R yang direka untuk pemandu merekod dan menambah baik masa lap terbaik ketika memandu trek.
- Maklumat lanjut boleh hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.
Leave a Reply