• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Ranger PHEV 2025 Diperkenal, Boleh Pandu Guna Mod EV Penuh, Jadi Generator Elektrik

Ford Ranger PHEV 2025 Diperkenal, Boleh Pandu Guna Mod EV Penuh, Jadi Generator Elektrik

July 13, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


FORD menawarkan trak pikap elektrik, F-150 Lightning selain trak pikap hibrid, Maverick untuk pelanggan Amerika Syarikat (AS) dan siri trak pikap elektrifikasi Ford bakal bertambah melalui pengenalan model hibrid plugin (PHEV) Ford Ranger PHEV 2025.

Penawaran pelbagai trenkuasa elektrifikasi diperlukan sementara pengguna membiasakan dengan teknologi baharu. Bagaimanapun, Ford tidak memperincikan butiran teknikal kecuali maklumat asas seperti tork lebih tinggi berbanding mana-mana Ranger di pasaran.

Berikut spesifikasi Ford Ranger PHEV 2025:

  • Enjin petrol 2.3L EcoBoost yang dipadankan motor elektrik dan sistem bateri boleh cas dengan anggaran jarak pemanduan lebih 45km dalam mod elektrik.
  • Inilah kelebihan PHEV yang mana pemandu boleh memandu tanpa petrol untuk perjalanan dekat atau rutin harian biasa.
  • Sama seperti Ranger lain, Ford Ranger PHEV 2025 dilengkapi mod pemanduan boleh pilih dan sistem bantuan pemandu canggih.
  • Dari segi keupayaan tunda (treler dengan brek/braked) Ford mensasarkan hingga 3,500kg seperti Ranger lain.
  • Dilengkapi ciri Pro Power Onboard sebagai sumber jana kuasa elektrik untuk perkakasan kerja ketika di tapak bina atau perkhemahan.
  • Soket kuasa dipasang dalam kabin dan but. Ini bermakna, generator besar dan berat tidak perlu lagi dibawa dan ruang but dapat dimanfaatkan untuk muatan barangan lain.

Penawaran trak pikap elektrik dan hibrid, serta terbaharu PHEV mengangkat segmen ini ke aras lebih tinggi yang mungkin disambut pesaing lain. Pengeluaran Ford Ranger PHEV 2025 dijangka bermula lewat 2024 dan akan mula dihantar kepada pelanggan pada awal 2025.

Ford Ranger PHEV 2025.01
Ford Ranger PHEV 2025.02
Ford Ranger PHEV 2025.03
Ford Ranger PHEV 2025.04
Ford Ranger PHEV 2025.05
Ford Ranger PHEV 2025.09
Ford Ranger PHEV 2025.07
Ford Ranger PHEV 2025.06
Ford Ranger PHEV 2025.08
Ford Ranger PHEV 2025.10
Ford Ranger PHEV 2025.11
Ford Ranger PHEV 2025.12
Ford Ranger PHEV 2025.14
Ford Ranger PHEV 2025.13

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Ranger, Ford Ranger PHEV, Ford Ranger Plug-in Hybrid, Roda4, Trak pikap, Trak Pikap Hibrid Plug-In (PHEV)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev