• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Laporan Awal Nahas Elmina: Hentaman Kuat Pesawat Buatkan Mangsa Mustahil Dapat Selamat

Laporan Awal Nahas Elmina: Hentaman Kuat Pesawat Buatkan Mangsa Mustahil Dapat Selamat

September 15, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


LAPORAN awal nahas pesawat pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam sehingga mengorbankan 10 nyawa  bulan lalu mendedahkan mangsa kemalangan itu tidak mungkin dapat diselamatkan (not survivable) kerana magnitud daya hentaman kuat (deceleration force) dan kebakaran dahsyat susulan nahas.

Laporan Awal Kemalangan Pesawat didedahkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Kementerian Pengangkutan (MOT) mendakwa berdasarkan analisis visual dan pemerhatian di tempat insiden, hujung sayap kanan pesawat ialah bahagian pertama menghentam bumi, sebelum disusuli serta-merta bahagian muncung depan pesawat pada halaju tinggi.

laporan-awal-nahas-elmina-1
laporan-awal-nahas-elmina-2

Laporan setebal 60 halaman itu juga mendedahkan pecutan jangka pendek (0.1-0.5 saat) yang biasa dilihat dalam perlanggaran kelajuan tinggi, membawa kepada kematian penumpang pesawat.

Impak sekuat ini, corak perlanggaran dan magnitud yang melebihi had toleransi manusia, menunjukkan bahawa ini bukan kemalangan yang boleh diselamatkan," kata laporan diterbitkan di laman web rasmi MOT, hari ini.

Dalam insiden 17 Ogos lalu, sebuah pesawat persendirian dengan nombor pendaftaran N28JV terhempas di Elmina, Shah Alam yang mengorbankan 10 mangsa, terdiri daripada lapan individu (enam penumpang dan dua krew), seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing)

Merujuk kebakaran susulan nahas, mengenai hentaman pesawat ke tanah, selain kewujudan bahan api mudah terbakar dalam tangki pesawat adalah punca mencetuskan kebakaran dahsyat.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Beechcraft Model 390 (Premier 1), Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), Laporan Awal Siasatan Nahas Elmina, Nahas Elmina

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev