• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X90 Tembus Pasaran Brunei, Afrika Selatan dan Mauritius

Proton X90 Tembus Pasaran Brunei, Afrika Selatan dan Mauritius

August 29, 2023 By Shawkath Leave a Comment

64
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKTIVITI eksport kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X90 ke pasaran luar bermula bulan ini di Mauritius, Brunei dan Afrika Selatan.

Di Mauritius, Proton X90 (2023) diperkenalkan awal bulan ini, ditawarkan pada harga 1,475,000 rupee (RM150,765), tidak termasuk insurans. Dua lagi model Proton iaitu X50 dan X70 juga dijual di pasaran berkenaan. Berdasarkan laporan, pengguna di Mauritus akan menerima varian dengan konfigurasi 7-kerusi dan 6-kerusi.

Di Afrika Selatan, tawaran dibuat sama seperti di Malaysia dalam empat varian pilihan Proton X90 1.5 TGDi, masing-masing ditawarkan pada harga seperti berikut:

  • Standard: R559,900 (RM140,630)
  • Executive: R589,900 (RM148,170)
  • Premium: R644,900 (RM162,160)
  • Flagship: R679,900 (RM170,960)

Semua varian menggunakan enjin petrol sama jenis 3-silinder sebaris 1.5 liter TGDi menawarkan output kuasa 174hp @ 5,500rpm dan tork 255Nm @ 1,500-4,000rpm. Enjin hibrid ringan itu dilengkapi motor elektrik 48V dengan ledakan output kuasa 13hp dan tork 52Nm.

Jumlah kuasa keseluruhan ialah 188hp dan tork 300Nm, manakala sistem transmisi dual-klac (DCT) jenis klac basah 7-kelajuan dan pacuan roda depan (FWD).

Proton Brunei pula memperkenalkan X90 pada 25 Ogos lalu di Pusat Beli-Belah Times Square dalam empat varian membabitkan konfigurasi 6- dan 7-kerusi, iaitu Flagship, Premium, Executive dan Standard. Harga bermula serendah B$35,000 hingga B$42,000 (RM120,020-RM144,030).

Related

64
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Eksport Proton, proton brunei, Proton Mauritius, Proton South Africa, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev