• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Shelby Cobra CSX10000 (2024) Ditawar di UK, Enjin 5.0L V8 Mustang, Harga Lebih RM1.1j!

Shelby Cobra CSX10000 (2024) Ditawar di UK, Enjin 5.0L V8 Mustang, Harga Lebih RM1.1j!

September 14, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MERIAH dengan pelbagai model istimewa, pasaran Britain ditawarkan satu lagi model menarik, iaitu Shelby Cobra CSX10000 (2024).

Model terbaru itu ditawarkan pengedar kereta mewah Britain, Clive Sutton yang mempunyai perjanjian dengan Shelby dan satu-satunya pengedar rasmi produk syarikat itu di Britain.

Shelby Cobra diperkenalkan pada Pameran Motor New York 1962 dan kemudian dalam versi casis dengan rekabentuk komputer dan enjin blok besar (big block) Ford pada 1965.

Shelby Cobra CSX10000 (2024) adalah tambahan kepada CSX6000 sebelum ini yang dibuat mengikut spesifikasi asal 60-an. Dibangunkan semula mengikut teknologi dan ciri moden, CSX10000 tampil dengan siluet Shelby Cobra yang dibekalkan enjin 5.0L Coyote V8, sama seperti Ford Mustang.

Enjin itu menghasilkan output kuasa 460hp dan tork 569Nm serta dipadankan transmisi manual 6-kelajuan Tremec.

Jika kombinasi itu tidak cukup, enjin dengan tambahan supercas 3.0L Twin Screw Whipple meningkatkan output kuasa kepada  700hp @ 5,000rpm dan tork 746Nm @ 5,800rpm.

Shelby Cobra CSX10000 2023.13
Shelby Cobra CSX10000 2023.12

Rim 18 inci direka khas mengikut rim asal 15 inci Cobra dan dibalut tayar Continental Extreme Contact Sport saiz 275/35ZR18 di depan dan 335/30ZR18 (belakang).

Turut dilengkapi stereng kuasa dan kaliper brek depan 4-piston Wilwood yang melengkapkan ciri moden Cobra. Pelanggan juga boleh memesan model pemanduan sebelah kanan (RHD) atau kiri (LHD).

Ruang kabin dibuat mengikut Cobra asal dengan tolok dan meter klasik selain tampil mewah dengan balutan kulit corak berlian. Pelanggan juga boleh memesan warna dan sulaman mengikut pilihan sendiri.

Walaupun versi kelahiran semula dengan ciri moden, setiap unit Shelby Cobra CSX10000 (2024) akan direkodkan dalam Shelby Cobra Registry yang membolehkan pemilik dan pembeli mengenal pasti unit asli atau replika.

Shelby Cobra CSX10000 2023.04
Shelby Cobra CSX10000 2023.06

Pengesahan itu juga dapat mengekalkan nilai pelaburan untuk versi terbaru ini. Clive Sutton sudahpun membuka tempahan Shelby Cobra CSX10000 (2024) pada harga bermula £195,000 (RM1,143,120).

Britain ialah pasaran pertama menerima model baharu ini sebelum disusuli Amerika Syarikat (AS) dan beberapa pasaran global lain. Berada di Britain juga bermakna kereta ini boleh dibawa masuk ke pasaran tempatan daripada pengimport bebas.

BACA >>> Shelby GT500 Fastback (1967) Cari Pemilik Baharu, Anggaran Harga RM718k-RM884k!
BACA >>> Trak Pikap Prestasi untuk Pasaran UK, Shelby F-150 Super Snake (2023) Ini Berkuasa 775hp!

Shelby Cobra CSX10000 2023.03
Shelby Cobra CSX10000 2023.16
Shelby Cobra CSX10000 2023.01
Shelby Cobra CSX10000 2023.09
Shelby Cobra CSX10000 2023.13
Shelby Cobra CSX10000 2023.12
Shelby Cobra CSX10000 2023.14
Shelby Cobra CSX10000 2023.15
Shelby Cobra CSX10000 2023.02
Shelby Cobra CSX10000 2023.04
Shelby Cobra CSX10000 2023.08
Shelby Cobra CSX10000 2023.05
Shelby Cobra CSX10000 2023.06
Shelby Cobra CSX10000 2023.07
Shelby Cobra CSX10000 2023.10
Shelby Cobra CSX10000 2023.11

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Clive Sutton, Roda4, Shelby, Shelby Cobra, Shelby Cobra CSX10000, Shelby Cobra CSX10000 (2024)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev