• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV Kompak Elektrik Kia EV5 (2024) Diperkenal di China dalam Gaya Kotak Mirip EV9

SUV Kompak Elektrik Kia EV5 (2024) Diperkenal di China dalam Gaya Kotak Mirip EV9

August 30, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

26
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS berkongsi gambar dan maklumat ringkas Kia EV5 Concept beberapa bulan lalu, Kia kini memperkenalkan model pengeluaran kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik itu di China.

Kia memang luar biasa, model pengeluaran Kia EV5 (2024) dihasilkan hampir sama model konsep (foto bawah) dengan rekabentuk berkotak, mirip adik Kia EV9 yang diperkenalkan sebelum ini.

Model itu dibuat bagi memenuhi keperluan keluarga milenial mengikut tema 'Bold for Nature' yang menjadi antara falsafah rekabentuk 'Opposites United'.

Bentuk badan Kia EV5 (2024) dibuat bersegi dan keras yang diadun lekukan lembut. SUV itu nampak semacam bata yang dibentuk supaya berseni.

Kia EV5 2023 China.01
Kia EV5 2023 China.08

Rekabentuk berkotak tidak asing dalam dunia automotif, dan pernah menjadi trend jip era 1980-an dan 1990-an dulu.

Bahagian depan menyerlah dengan lampu tipis dipisahkan pada garis bawah yang dipanggil Kia sebagai Signature Star Map Lighting. Hidung lebar dan bonet tegap membentuk wajah harimau (Tiger Face), manakala garis lampu turut menyerlahkan identiti depan Kia EV5 (2024).

Dari sisi, pilar-D yang ditarik ke belakang menggambarkan praktikaliti mesra keluarga dengan ruang penumpang dan simpanan luas. Spoiler belakang direndahkan dan dianjur yang menyumbang kepada kecekapan aerodinamik.

Lampu pula dalam bentuk garisan seperti lampu depan dan logo Kia besar yang mengukuhkan penampilan SUV tersebut.

Ruang kabin Kia EV5 (2024) lebih tenang dengan garis membujur, kecuali skrin kluster instrumen dan unit infotainmen yang disepadukan bersama.

Mengikut kajian Kia, famili milenial menganggap ruang dalaman SUV sebagai bukan saja untuk duduk dengan selamat dan selesa, tetapi juga ruang tambahan kehidupan.

Daripada maklumat itu, dalaman Kia EV5 (2024) dibuat seperti ruang istirahat rumah berbanding kabin kereta tradisional. Turut dilengkapi lampu mood dengan kecerahan boleh laras dalam 64 warna pilihan. Lampu mood boleh mengeluarkan amaran sekiranya SUV segmen-C itu dipandu melebih had laju.

Kia menawarkan empat warna utama dan lima corak kerusi. Bahagian luar ada sembilan pilihan warna kilat dan satu warna kusam tunggal Ivory Silver (perak).

Warna kilat terdiri daripada Snow White Pearl, Clear White, Starry Night Black, Magma Red, Ivory Silver, Frost Blue, Iceberg Green, Tide Blue dan Shale Grey.

Kia EV5 (2024) akan dilancar di China dalam tempoh beberapa bulan lagi dan maklumat lanjut dikongsi pada acara Kia EV Day, Oktober tahun ini.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenali Kia Sportage yang Lebih 7 Juta Unit Terjual, Kini Sudah 30 Tahun!
BACA >>> Kia Concept EV5 (2023), SUV Elektrik Selepas EV9 yang Kekal dengan Gaya Kotak!
BACA >>> Kia Carens Baharu Raih Anugerah Kereta Terbaik India (ICOTY) 2023!

Kia EV5 2023 China.01
Kia EV5 2023 China.08
Kia EV5 2023 China.02
Kia EV5 2023 China.09
Kia EV5 2023 China.07
Kia EV5 2023 China.03
Kia EV5 2023 China.04
Kia EV5 2023 China.06
Kia EV5 2023 China.05

Related

26
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia EV5, Kia EV5 (2024), Opposites United, Roda4, Signature Star Map Lighting, SUV, SUV Elektrik, SUV EV, SUV kompak, SUV Segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev