• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Warga Miri Berpeluang Uji Sendiri Triton di Mitsubishi Triton Champion Xperience!

Warga Miri Berpeluang Uji Sendiri Triton di Mitsubishi Triton Champion Xperience!

August 23, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) mempelawa penduduk di Miri, Sarawak untuk menguji kemampuan sebenar trak pikap Mitsubishi Triton di acara Mitsubishi Triton Champion Xperience, hujung minggu ini.

Acara dua hari itu bermula 26-27 Ogos 2023 (Sabtu dan Ahad) pada jam 9 pagi hingga 6 petang, dan berlangsung di Parkcity Eastwood, Miri dengan bayaran masuk PERCUMA.

Pengunjung boleh menguji aspek pengendalian, hantaran kuasa, reliabiliti dan kelasakan trak pikap Mitsubishi Triton yang dilengkapi pelbagai teknologi termaju daripada penyertaan Mitsubishi dalam acara sukan lumba rali Asia Cross Country Rally (AXCR).

Antaranya, sistem Mitsubishi Motors Super–Select 4WD II dan mod off-road yang pasti menyeronokkan. Pengunjung juga diminta mendaftar awal menerusi laman web Mitsubishi Malaysia mendapat slot pandu uji selain menerima beberapa hadiah eksklusif seperti:

  • Baju T Champion Xperience
  • Pin tambah nilai RM20 Touch N Go
  • Peluang memenangi beg North Face EXPLORE BARDU II

Pelanggan yang menempah varian Mitsubishi Triton Athlete dan Mitsubishi Triton AT Premium boleh menikmati promosi dan kadar faedah serendah 1.77 peratus, yang mana tawaran sah hingga 31 Ogos depan.

BACA >>> Mitsubishi Triton Athlete (2021) Lancar! Ganti Adventure X, Harga RM141k
BACA >>> Mitsubishi Triton (2023) Serba Baharu dengan Enjin Baharu Debut di Thailand, Masuk Malaysia 2024

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Asia Cross Country Rally (AXCR), Auto Terkini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Mitsubishi Triton Champion Xperience, Parkcity Eastwood, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my