• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Bonneville 750 Silver Jubilee (1977) dengan Perbatuan 12.4km Mahu Dibida!

Triumph Bonneville 750 Silver Jubilee (1977) dengan Perbatuan 12.4km Mahu Dibida!

August 28, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PERCAYA atau tidak? Bacaan odometer Triumph Bonneville 750 Silver Jubilee (1977) ini menunjukkan angka 7.7 batu (12.4km) sahaja!

Syarikat lelongan, Car & Classic membukan bidaan motosikal tersebut pada 20 hingga 28 Ogos.

Bukan saja perbatuan rendah, kondisi juga masih baik seperti dibekukan dalam mesin masa yang layak diberi status stok lama baharu (NOS).

Ada lagi ciri istimewa yang menjadikan unit itu berharga, ini ialah satu daripada 1,000 unit model 'Silver Jubilee' untuk pasaran Britain, atau satu daripada 2,400 unit jumlah keseluruhan.

Model tersebut dibekalkan baharu kepada pengedar Triumph UK pada 1977. Asalnya didaftarkan untuk jalan raya, tetapi kemudian dijadikan objek pameran dan disimpan lama pemilik pertama hingga 1996.

Pemilik kedua pula terus mengekalkan keaslian motosikal itu yang dijaga dengan sangat baik.

Model 'Silver Jubilee' dibuat sempena ulang tahun ke-25 pertabalan Ratu Elizabeth II. Ia dibina berasaskan Bonneville T140, dan diberi skema warna perak metalik dan aksen merah, putih dan biru selain komponen krom.

Turut istimewa ialah grafik khas pada panel sisi dan setiap unit dibekalkan sijil ketulenan daripada Triumph. Status NOS juga layak diberi kerana selain dalam kondisi asal, unit berkenaan tidak pernah dibaik pulih.

Unit ini dalam keadaan terpelihara, tetapi perlu diperiksa jika pemilik baharu ingin menunggang di jalan raya. Maklumlah, perkakasan mekanikal perlu digerakkan. Lagipun ia sudah tersimpan lama.

Selain kondisi asal, dokumen seperti buku panduan, kit peralatan asal dan fail sejarah juga terjaga baik. Status keaslian dan keistimewaan mpdenya juga terjamin kerana terdapat dokumen pengesahan daripada Kelab Pemilik Motosikal Triumph.

Harga rizab bidaan diletakkan Car & Classic setakat ini ialah €17,500 (RM87,830) 😱.

BACA >>> Triumph Tiger Sport 660 (2023) Kini di Malaysia dengan Pilihan Aksesori, Harga RM50,900
BACA >>> Azhar Sulaiman Mahu Jual Nombor Plat MAF 14, Buka Bidaan Mula RM1.85j!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Car & Classic, roda2, Triumph, Triumph Bonneville, Triumph Bonneville 'Silver Jubilee’ 750, Triumph Bonneville 750, Triumph Bonneville 750 Silver Jubilee (1977)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my