ADAKAH anda pernah lihat Kia EV6 secara berdepan? Model elektrik Kia itu hadir dalam rekabentuk tersendiri bergaya sporty.
Tidak hairan kenapa varian Kia EV6 GT menjadi model Kia paling berkuasa dengan output kuasa 430kW (585 hp) dan tork 740Nm, mengatasi Stinger.
Di pasaran tempatan, Kia EV6 GT-Line (di bawah GT, foto atas) berkuasa 239kW (321hp) dan tork 605Nm. Model itu dijual pada harga RM300,670.
Di Amerika Utara, Kia EV6 memenangi kategori Kenderaan Utiliti Terbaik 2023 (Utility Vehicle of the Year) dalam anugerah North American Car, Truck and Utility Vehicle of the Year (NACTOY) pada Januari 2023.
Kia EV6 dipilih berdasarkan kecemerlangan beberapa aspek seperti inovasi automotif, rekabentuk dan nilai. Pasukan juri NACTOY terdiri daripada 50 pakar automotif daripada media cetak, atas talian, radio dan penyiaran.
Sempena pengiktirafan itu, Kia America memperkenalkan model khas Kia EV6 North American Utility Vehicle of the Year Limited Edition (NAUVOTY) (2024) yang dikeluarkan 1,000 unit saja untuk pasaran Amerika Syarikat (AS).
Paling menarik perhatian ialah warna Deep Forest Green (hijau gelap) dan tona kabin Desert Beige (kuning cair).
Ciri istimewa turut ditonjolkan melalui plat khas dengan logo NACTOY dan siluet EV6 yang ditempatkan sebelah tombol pilih gear.
Kia EV6 ini dilengkapi bateri 77.4kWj dengan motor depan 74kW dan motor belakang 165kW, manakala kuasa keseluruhan 320hp. Kia menggunakan konsep padan dan suai daripada Kia EV6 Wind dan GT-Line untuk model terhad ini.
Misalnya, ciri hitam seperti braket gerbang roda, kemasan sisi, bahagian depan dan belakang diambil daripada Kia EV6 Wind. Ciri Kia EV6 GT-Line pula dapat dilihat pada rim aloi 20 inci, bumbung suria, sistem paparan dongak (HUD) Realiti Terimbuh (AR), Monitor Pandangan Keliling (SVM) dan Pemantau Titik Buta (BVM).
Stereng rata bawah dan kerusi belakang diberikan fungsi pemanas. Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) terdiri daripada Bantuan Elak Rempuhan Depan (FCA) dan Bantuan Pandu Lebuh Raya (HDA). Lagi ciri model ini ialah pengecasan ultra pantas DC dan pam haba generasi baharu.
Harga ditawarkan untuk Kia EV6 NAUVOTY (2024) ialah AS$58,925 (RM273,950).
BACA >>> Kia Concept EV5 (2023), SUV Elektrik Selepas EV9 yang Kekal dengan Gaya Kotak!
BACA >>> Eropah Perkenal Varian GT-Line S untuk Kia Ceed, ProCeed dan Xceed (2023)
BACA >>> Kia Carens Baharu Raih Anugerah Kereta Terbaik India (ICOTY) 2023!
BACA >>> Kia Stinger Tribute Edition (2023), Hanya 1,000 Unit Dikeluarkan Sempena Tamat Pengeluaran
Leave a Reply