• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mforce Bakal Lancar Skuter SYM Mirip GPX Tuscany 150?

Mforce Bakal Lancar Skuter SYM Mirip GPX Tuscany 150?

August 21, 2023 By Shawkath 1 Comment

FacebookTwitter


ADAKAH model SYM yang bakal debut di Kuala Lumpur Bike Show (KLBS) 2023 minggu ini sama seperti skuter GPX Tuscany 150 di Thailand?

Jika ya, itu bukan kejutan dan berita baik kepada pengguna tempatan kerana ada pilihan lebih luas dengan harga yang sudah tentu tidak membebankan berbanding satu lagi produk jenama Itali.

Sebelum ini, Mforce Bike Holdings (MForce) selaku tauke motosikal SYM di Malaysia pernah melancarkan skuter SYM Jet X (2021), iaitu kembar kepada GPX Drone di Thailand.

GPX Drone ialah model pertama kolaborasi rasmi antara GPX dan SYM, yang mana pengeluar Taiwan itu terlibat dalam pembuatan trenkuasa, manakala rakan bisnes pula menyiapkan aspek rekabentuk. Dua pengeluar itu mengumumkan kerjasama sejak Oktober 2020 (rujuk kenyataan dalam galeri foto).

Di Thailand, GPX Tuscany 150 (2023) ialah skuter klasik moden ala Itali segmen premium yang didatangkan dalam dua varian: Standard dan Smart Key. Berikut perincian skuter itu:

  • Memiliki rekabentuk badan mirip Vespa Sprint, terutama rekaan depan dengan lampu utama bersegi dan madgad besar. Bezanya, Tuscany 150 dilengkapi lampu signal belok gaya sabit.
  • Semua lampu jenis LED penuh, manakala panel meter memaparkan dua skrin digital monokrom dengan satu susunan butang amaran di atas.
  • Tangki petrol ditempatkan di belakang panel depan. Ini membolehkan kapasiti ruang strona  pelana diperbesar hingga 27 liter.
  • Dijana enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal 149.6cc SOHC penyejukan udara dengan kotak gear automatik CVT. Namun, tiada data kuasa dikongsi.
  • Sistem brek jenis cakera tunggal pada setiap roda, iaitu cakera 226mm di depan, dan 220mm di belakang. Cakera belakang menggunakan Sistem Brek Kombi (CBS).
  • Ada soket pengecas dan sistem entri tanpa kunci (keyless) untuk varian tertinggi.
  • Dimensi panjang 1,855mm, lebar 675mm, dan tinggi 1,130mm, manakala tinggi pelana 780mm dan berat 122kg.
  • Rim aloi 12 inci dengan tayar 110/70 (depan), dan 120/70 (belakang).

HARGA, WARNA

  • Standard: 59,900 baht (RM7,915) dalam dua warna pilihan Gelato Green Mint (hijau) dan Smoke Gray (kelabu)
  • Smart Key: 63,700 baht (RM8,420) dalam lima warna pilihan: Rubino Red (merah), Daisy White (putih), Truffle Black (hitam), hijau dan kelabu.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, GPX Tuscany 150, Kuala Lumpur Bike Show 2023, MForce Bike Holdings (MForce), roda2, Skuter 150cc, Skuter Premium, SYM

Comments

  1. Zari says

    September 14, 2023 at 9:34 AM

    SYM Tuscany 150.
    Ada USB port di depan utk mengecas phone, lepas tu phonenya mahu di letak mana mas?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my