Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) Kini Rasmi di Malaysia, Harga RM33.9k!
Auto Terkini

Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) Kini Rasmi di Malaysia, Harga RM33.9k!

AryonBy Aryon20/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUBSIDIARI Modenas, EMOS mengumumkan harga rasmi Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) ke pasaran tempatan pada harga RM33,900.

Ada dua pilihan warna ditawarkan: Lime Green/Ebony (hijau/hitam), dan Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony (kelabu/hitam).

Berikut spesifikasi Modenas Ninja ZX-25R SE (2023):

Dikuaskan enjin 4-lejang 4-silinder 16-injap sebaris 250cc DOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI), dan transmisi manual 6-kelajuan yang menghasilkan output kuasa 46.2hp (34.5kW) @ 15,500rpm dan tork 22Nm @ 12,500rpm.

Sistem suspensi fork terbalik (USD) SFF-BP boleh laras prabeban di depan dan monoshock Horizontal Back-link boleh laras prabeban  (belakang).

Sistem brek cakera tunggal radial semi-apung 310mm dengan kaliper monoblok 4-piston (depan) dan cakera tunggal 220mm (belakang) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)

Tinggi pelana 785mm, jarak tinggi bumi 118mm dan berat kerb 184kg. Kapasiti tangki minyak 15 liter.

DIlengkapi ciri lampu LED penuh, klac antigelincir Assist and Slipper (ASC), Quickshifter Kawasaki (KQS), Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC), Mod Kuasa, panel meter TFT berwarna 4.3 inci dengan konektiviti telefon pintar Rideology dan penutup pelana tunggal.

APA PERLU ANDA TAHU TENTANG MODENAS NINJA ZX-25r SE ?

Walaupun rekabentuk ZX-25R SE menerima ergonomik tunggangan sporty yang diilhamkan daripada abang besar  ZX-10R, tetapi posisi bar hendal tidak terlalu rendah dan mampu memberikan tahap keselesaan optimum ketika menunggang.

Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) muncul sebagai pendahulu dalam setiap aspek menerusi rekabentuk menakjubkan hingga ciri terkini seperti kawalan traksi, fork USD, brek radial, dan enjin 4-silinder sebaris.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, model ZX-25R SE amat simbolik kerana menggabungkan inovasi, prestasi dan semangat yang dikongsi bersama Modenas dan Kawasaki. Ia juga turut menjadi titik permulaan baharu dan bakal menukar sejarah dunia permotoran Malaysia.

Tempahan Modenas Ninja ZX-25R SE (2023) masih dibuka dan peminat boleh mengunjungi pengedar sah Kawasaki All-Star seluruh mnegara.

Maklumat lanjut boleh layari laman web: www.kawasaki.com.my/all-star.

 

Auto Terkini CEO Modenas Emos Kawasaki-Modenas Modenas Modenas Ninja ZX-25R SE roda2 Roslan Roskan sportbike
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Roda4

    Jetour T2 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.