• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Grab Malaysia Komited Pastikan Keadilan Dalam Pendapatan Pemandu, Penghantar

Grab Malaysia Komited Pastikan Keadilan Dalam Pendapatan Pemandu, Penghantar

August 11, 2023 By Sharil Leave a Comment

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENYEDIA perkhidmatan e-panggilan, Grab Malaysia menegaskan pihaknya akan terus memastikan keadilan dan ketelusan dalam menjana pendapatan rakan pemandu dan rakan penghantarnya.

Pengarah Urusannya, Adelene Foo berkata Grab juga akan bekerjasama dengan kerajaan untuk menambah baik perlindungan sosial dan memastikan penyediaan peluang peningkatan kemahiran untuk rakan pemandu dan rakan penghantarnya, selain melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam ekonomi gig yang sedang berkembang.

Kami berbesar hati diberi peluang untuk berdialog dengan Perdana Menteri pada Selasa, (8 Ogos) tentang masa depan ekonomi gig dan komited untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk menetapkan keutamaan dan menambah baik kualiti serta perlindungan untuk rakan kongsi kami,” dia berkata.

Menurut Adelene kerjasama ini merupakan susulan kepada usaha Grab dalam menyediakan persekitaran kerja yang menawarkan fleksibiliti, keselamatan kewangan, perlindungan, dan pembangunan profesional.

Beliau berkata selain menyediakan peluang pendapatan yang fleksibel, Grab juga telah melabur dengan banyak dalam kos kebajikan dan kawal selia rakan kongsinya selama ini.

Ini termasuk perlindungan insurans percuma, menggalakkan sumbangan PERKESO dan KWSP, peluang peningkatan kemahiran dan pembangunan profesional, inisiatif keselamatan, serta faedah harian seperti diskaun bahan api dan lain-lain,” katanya.

Tambah Adelene, syarikat juga telah membuat pelaburan besar terhadap kebajikan dan kos kawal selia mereka untuk sepanjang tahun.

BACA >>> Isu Kadar Upah Rendah, PMX Jumpa Syarikat P-Hailing 8 Ogos Ini
BACA >>> Kementerian: APAD Akan Kawal Selia Pendapatan Pekerja P-Hailing
SUMBER: Bernama

Related

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Adelene Foo, Grab Malaysia, P-Hailing, PEMANDU, penunggang, upah rendah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev