• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Buell Motorcycles Lancar Motor Elektrik Fuell Fllow, Harga RM58k!

Buell Motorcycles Lancar Motor Elektrik Fuell Fllow, Harga RM58k!

August 1, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGASAS Buell Motorcycles, yang juga mantan jurutera Harley-Davidson, Erik Buell melancarkan motosikal elektrik Buell Fuell Fllow (2024) pada harga AS$12,995 (RM58,690)!

Bagi sebuah EV, Buell Fuell Fllow (2024) menawarkan prestasi mengagumkan dengan bateri 10kWh memberikan jarak tunggangan lebih 240km dan output kuasa 47hp serta tork 750Nm!

Dengan pengecasan pantas, motosikal ini dapat dicas penuh dalam masa 30 minit. Pengecasan di rumah pula mengambil masa 1.25 jam menggunakan pengecas 6.6kW dan 2.5 jam dengan pengecas 3.3Kw.

Namun Buell Fuell Fllow (2024) hanya diberikan pengecas 750W sebagai standard dengan masa mengecas 10 jam.

Motor elektrik pada roda belakang memberikan rupa seakan tayar yang digunakan dalam trek velodrom.

Rekabentuk Buell Fuell Fllow (2024) tampil dalam gaya  cafe racer neo-retro tanpa fairing depan, dan tanpa 'ekor' belakang bawah pelana. Bahagian membonjol motosikal ini dipengaruhi posisi bateri yang disimpan.

Motosikal EV ini juga menawarkan ruang simpanan hingga 50 liter yang boleh memuatkan satu helmet muka penuh.

Kelajuan maksimum 140kmj, tetapi hanya untuk varian tertinggi, iaitu Buell Fuell Fllow 1S.

Varian standard cuma datang dengan 15hp, tetapi boleh ditingkat kepada tahap 1S selepas pembelian. Semua varian dipilih memiliki angka tork 750Nm.

Ciri konektiviti menerusi aplikasi telefon pintar dan paparan digital membolehkan pemilik memantau atau mengawal fungsi motosikal elektrik ini menggunakan telefon bimbit.

Sistem Keselamatan

  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Kawalan Traksi Elektronik (ETC)
  • Sistem penghidup tanpa kunci (keyless)
  • Amaran pelanggaran depan, dan belakang
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Paparan digital interaktif
  • Dua mod tunggang: Urban, dan Audacious
  • Bantuan undur, jalan
  • Aplikasi telefon pintar

Setiap pembelian dipakejkan dengan waranti dua tahun tanpa had perbatuan, manakala motor elektrik mendapat waranti hingga l tahun.

BACA >>> Buell SuperTouring 1190 (2023) Didedahkan dengan Rekabentuk Diperbaharui Lebih Cantik
BACA >>> Fuell Flow - Sportbike EV Gabungan 3 Pakar Permotoran, Mampu Pergi Sejauh 200km

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: buell motorcycle, EV, Fuell fllow, motosikal elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my