• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kenderaan EV China Dominasi Pasaran Asean, Thailand Kuasai 79 Peratus Jualan

Kenderaan EV China Dominasi Pasaran Asean, Thailand Kuasai 79 Peratus Jualan

July 28, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR automotif China pantas mendominasi pasaran kenderaan elektrik (EV) di Asia Tenggara (Asean) dengan mencatat jualan tiga daripada empat EV sepanjang suku pertama tahun ini.

Firma penyelidikan, Counterpoint Research berkata, Thailand kini menjadi hab automotif utama Asean yang membantu perkembangan tersebut membabitkan hampir 79 peratus jualan semua EV di rantau ini sepanjang suku pertama.

Negara Gajah Putih itu menawarkan insentif kepada pembeli, dan subsidi kepada pengeluar untuk menghasilkan lebih banyak EV versi pemasangan tempatan (CKD), sekali gus menarik minat pengeluar automotif China untuk melabur dalam aktiviti CKD di Thailand. Antaranya, Great Wall Motor (GWM) and BYD Auto.

Menjelang 2030, Thailand mensasarkan memiliki 30 peratus EV daripada jumlah keseluruhan pengeluaran kenderaan setahun (2.5 juta unit).

Pengeluar EV China turut mengumumkan komitmen melabur sekurang-kurangnya AS$1.44 bilion (RM6.55 bilion) untuk membangunkan fasiliti pengeluaran di Thailand. Sebelum ini, industri negara tersebut didominasi pengeluar Jepun sejak berdekad lama.

Penganalisis Counterpoint Research, Abhilash Gupta berkata;

Kumpulan automotif China mengalami pertumbuhan pesat dan memintas pesaing mereka di rantau SEA (Asia Tenggara), dengan penguasaan pasaran bertambah daripada 38 peratus kepada hampir 75 peratus setahun.

"Di rantau Asia Tenggara, kek pasaran EV membabitkan jumlah kenderaan penumpang naik kepada 3.8 peratus pada suku pertama berbanding 0.3 peratus tahun lalu."

BYD Atto 3 misalnya, menjadi model EV yang meraih jualan terbaik di Asean, diikuti Neta V keluaran Hozon New Energy Automobile di Thailand dan Tesla Model Y.

BACA >>> Tesla Kini Rasmi di Malaysia, SUV Elektrik Model Y Dijual Mula RM199k!
BACA >>> Neta V (2023): SUV EV Pertama Malaysia dengan Harga Bawah RM100k!

SUMBER: Bangkok Post

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BYD Thailand, Jualan EV Asia Tenggara, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4, Tesla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my