• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Sistem e-Ujian Memandu Laksana Hujung Tahun Ini

Menteri: Sistem e-Ujian Memandu Laksana Hujung Tahun Ini

July 24, 2023 By Sharil Leave a Comment

25
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SISTEM ujian memandu elektronik dijangka dilancarkan seluruh negara akhir tahun ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, ada prosedur dan butiran perlu diperhalusi sebelum sistem e-ujian boleh dilaksanakan, yang mana kini masih di peringkat pembuktian konsep (POC).

Menurutnya, tiada sebarang masalah dengan konsep tersebut, tetapi ada beberapa dasar dan prosedur perlu kita tetapkan dan diperhalusi.

Perbincangan juga sudah dibuat dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan mengenai perkara tersebut supaya dapat dilaksanakan menjelang penghujung tahun ini.

Jadi selepas ini, kita boleh memutuskan, mewartakan perubahan prosedur dan seterusnya melaksanakan sistem itu di semua institut pemanduan seluruh negara."

Loke berkata lagi, ada lima sekolah memandu bersedia melaksanakan sistem berkenaan, iaitu satu di Johor, Pulau Pinang dan Kedah, serta dua lagi di Selangor, tetapi masih di peringkat POC.

Sebaik saja pelaksanaan sistem e-ujian diluluskan, Kementerian Pengangkutan tidak akan mengenakan syarat kepada sekolah memandu untuk melaksanakan sistem tersebut daripada vendor terpilih kerana boleh menimbulkan unsur monopoli.

Justeru Kerajaan memutuskan tidak memilih mana-mana vendor tertentu selagi sistem itu mematuhi spesifikasi dan piawaian ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang mana institut dan sekolah bebas memilih.

Sebagai contoh, PIMA (Persatuan Institut Memandu Malaysia) mempunyai sistem tersendiri untuk digunakan ahli atau mereka bebas memilih vendor lain. Tetapi apabila Kementerian mengaudit sistem itu, ia mesti mengikut piawaian,” katanya.

Sistem e-ujian juga tidak diwajibkan kepada pelajar dan sekolah memandu. Bagaimanapun, sistem berkenaan boleh mengurangkan amalan tidak beretika seperti 'lesen kopi' atau lesen memandu yang diperoleh secara rasuah.

Sistem e-ujian ini akan melindungi kedua-dua pegawai JPJ dan sekolah memandu daripada dituduh terlibat rasuah. Pelajar juga akan dilindungi yang mana mereka dibenarkan menyemak ujian apabila gagal," kata Loke lagi.

BACA >>> Ujian Memandu Guna Sistem e-Testing Mula April Ini, Tiada Lagi Pegawai JPJ di Sebelah
BACA >>> Program MyPSV Tawar 4,000 Lesen PSV Percuma kepada B40

SUMBER: TheStar

Related

25
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, e-Testing, e-Ujian Memandu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan, Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), Sekolah Memandu, Sistem Ujian Pemanduan Elektronik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev