• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Nasional Bantu Lonjak Jualan Kenderaan Separuh Pertama 2023 - MAA

Kereta Nasional Bantu Lonjak Jualan Kenderaan Separuh Pertama 2023 - MAA

July 21, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


JUALAN kenderaan bermotor baharu berkembang kukuh pada penggal pertama 2023 dengan jumlah keseluruhan industri (TIV) meningkat 10.3 peratus kepada 366,037 unit daripada 331,746 unit yang dicatatkan pada tempoh masa sama tahun lalu, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, pasaran kenderaan baharu bukan saja pulih kembali, tetapi mengatasi paras seperti sebelum pandemik, melantun semula dengan kukuh tahun lalu dan sekali lagi sepanjang tempoh penggal pertama 2023.

Menurutnya, industri berupaya mengekalkan trajektori pertumbuhan separuh pertama 2023 kerana didorong pemenuhan tempahan diterima ketika tempoh pengecualian cukai jualan PENJANA tahun lalu, yang majoriti didaftarkan sebelum 31 Mac 2023.

Jualan kenderaan penumpang baharu meningkat 11.2 peratus kepada 326,661 unit pada separuh pertama 2023, manakala kenderaan komersial baharu naik 3.6 peratus kepada 39,376 unit," kata Mohd Shamsor.

Berdasarkan petunjuk positif itu, MAA juga menyemak semula unjuran TIV 2023 kepada 725,000 unit daripada 650,000 unit sebelum ini.

Semakan semula meningkat itu turut mendapat rangsangan daripada usaha strategi promosi agresif berterusan daripada hli MAA selain perkhidmatan tokokan nilai disediakan untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan, menambah baik lagi persekitaran rantaian bekalan industri automotif dan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus ketika Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Mei 2023.

Bagi tempoh lima tahun akan datang hingga 2027, TIV dijangka kekal melepasi paras 700,000 unit.

Jualan kukuh kedua-dua jenama nasional banyak menyumbang kepada TIV lebih tinggi pada separuh pertama 2023. Sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, jualan kereta nasional berjumlah 220,702 unit, meningkat 19 peratus tahun ke tahun.

"Sebaliknya, jualan kenderaan penumpang bukan nasional turun 3.0 peratus kepada 105,959 unit.

"Susulan itu, jenama nasional kini membentuk kira-kira 68 peratus daripada jumlah bahagian pasaran kenderaan penumpang semasa separuh pertama 2023.

Pada tempoh Separuh Pertama 2022, bahagian buatan nasional berjumlah kira-kira 63 peratus daripada jumlah pasaran kenderaan penumpang," katanya.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 1.6 Executive MT, Auto Terkini, Jumlah Jualan Kenderaan (TIV), Jumlah Keseluruhan Industri (TIV), Mohd. Shamsor Mohd. Zain, Penjana, Persatuan Automotif Malaysia (MAA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev