• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Terus Maju, Lebih 34k Unit Dijual Sepanjang 6 Bulan 2023, Multistrada V4 Paling Popular!

Ducati Terus Maju, Lebih 34k Unit Dijual Sepanjang 6 Bulan 2023, Multistrada V4 Paling Popular!

July 24, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SUSULAN prestasi suku pertama baik, Ducati menamatkan penggal pertama 2023 dengan cemerlang.

Syarikat berpangkalan di Bologna, Itali itu mencatat rekod penghantaran 34,976 unit motosikal serata dunia, meningkat 5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pelanggan di Itali mewakili pembeli terbesar dengan penghantaran 6,639 unit, meningkat 10 peratus berbanding tahun lalu. Amerika Syarikat (AS) pula menjadi pasaran kedua terbesar (4,505 unit), lonjakan 11 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Tempat ketiga ialah Jerman dengan jumlah 4,217 unit yang menyaksikan peningkatan ketara 13 peratus berbanding tahun lalu.

Ducati Multistrada V4
ducati-monster-sp-2023
ducati-scrambler-icon-2023

Model Ducati paling laris ialah siri Multistrada V4 dengan penghantaran 6,382 unit serata dunia. Motosikal 'tanpa berbaju', Ducati Monster (walaupun tanpa kerangka Trellis) menduduki tempat kedua dengan jumlah 4,299 unit. Di belakang Monster ialah Ducati Scrambler 800 (3,581 unit).

Ducati memang giat memperbaharui penawaran dan sudah memperkenalkan lima skema warna baharu untuk model 2024.

Seperti dilaporkan sebelum ini, Ducati SuperSport 950 S (foto atas) didatangkan dalam liveri putih, kelabu dan merah.

ducati-monster-2024-iceberg-white
ducati-hypermotard-rve-2024

Ducati Monster (foto atas kiri) pula dalam warna Iceberg White, manakala Ducati Hypermotard 950 RVE menerima grafik Graffiti Livery Evo.

ducati-panigale-v2-black-on-black-2023
ducati-multistrada-v2-s-thrilling-black-street-grey

Selain itu, Ducati Panigale V2 (2024) (foto atas kiri) diberi pilihan grafik Black on Black Livery, dan Ducati Multistrada V2 S (2024) dalam tema warna Thrilling Black & Street Grey.

Di pasaran tempatan, Ducati DesertX (2023) dilancar Jun lalu dengan liveri Star White Silk (putih) dan seragam baharu RR22 Matt Saturn Grey (kelabu) yang masing-masing berharga RM112,900 dan RM115,900.

BACA >>> Ducati Multistrada V2 S (2024) Pula Tampil Liveri Baharu, Pilihan Baharu Selain Ducati Red
BACA >>> Ducati SuperSport 950 S (2024) dengan Liveri Baharu, Strip Merah Tambah Karakter
BACA >>> Ducati Diavel V4 (2023) Diperkenal, Enjin V-Twin Diganti V4, Lampu Belakang Unik!
BACA >>> Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Ducati, Ducati Multistrada V4, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev