• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda WR-V (2023) Dapat 2,500 Tempahan, Varian RS Paling Laku!

Honda WR-V (2023) Dapat 2,500 Tempahan, Varian RS Paling Laku!

July 12, 2023 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter


BARU sebulan, Honda Malaysia sudah menerima 2,500 unit tempahan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, Honda WR-V (2023) yang semua akan dihantar kepada pelanggan dalam tempoh masa sebulan setengah. 

Menurut Honda Malaysia, varian RS menerima jumlah tempahan paling tinggi, iaitu 45 peratus, diikuti V (38 peratus), E (12 peratus) dan selebihnya S. 

Honda WR-V - 12
Honda WR-V - 13

Honda WR-V (2023), yang juga model SUV Honda terkecil itu, dibuka tempahan sejak 12 Jun lalu dan bakal dilancarkan esok (Khamis, 13 Julai). 

Honda WR-V (2023) memiliki dimensi panjang 4,060mm, lebar 1,780mm dan tinggi 1,608mm, manakala jarak tinggi bumi 207mm memberikan kelebihan berbanding model pesaing lain.

Dibina berasaskan platform Honda BR-V, SUV itu dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menawarkan kuasa 119hp dan tork 145Nm, manakala sistem transmisi automatik CVT dengan teknologi Shift G-Design.

Bagi varian tertinggi, RS didatangkan dalam gaya sporty dengan lencana rekaan baharu RS, gril depan unik, rim aloi 17 inci dwi-tona dan hendal pintu ala coupe.

Honda WR-V (2023) juga didatangkan dengan ciri cermin sisi boleh lipat automatik, lampu LED  penuh untuk lampu utama automatik, lampu kabus, lampu belakang dan lampu signal belok LED jenis sekuensial.

Selain pakej itu, SUV tersebut juga didatangkan dengan ciri Honda LaneWatch bagi meningkatkan keyakinan pemandu ketika memandu atas jalan pelbagai lorong, dan Honda CONNECT untuk akses pelbagai fungsi menggunakan telefon pintar.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda WR-V (2023), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, Tempahan Honda WR-V

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev