• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Percutian dengan Kapal Mewah Genting Dream Kini Ada Pakej Mesra Muslim

Percutian dengan Kapal Mewah Genting Dream Kini Ada Pakej Mesra Muslim

July 11, 2023 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


AGENSI pelancongan, Qaliff Travel Sdn Bhd mengambil inisiatif menawarkan pengalaman percutian ‘mesra Muslim’ bertaraf lima bintang dengan pelayaran menaiki kapal mewah Genting Dream.

Pengarah Urusan Qaliff Travel Sdn Bhd, Megat Muhammad Farhan Al Haj berkata, pakej mesra Muslim itu dijamin memberi keselesaan kepada umat Islam untuk menikmati percutian di atas kapal yang belayar membelah Selat Melaka tanpa perlu rasa ragu, sekali gus menangkis persepsi negatif yang membelenggu selama ini.

Sebelum ini mentaliti ramai orang Islam, percutian atas kapal ini tak sesuai untuk mereka, jadi pakej yang kita tawarkan ini bertujuan ubah fikiran itu, sekali gus beri peluang mereka rasai pengalaman percutian unik ini.

“Tidak semua kapal percutian mewah ada tawarkan restoran halal, namun menerusi pakej mesra muslim ini, kita sediakan antaranya restoran makanan halal atas kapal iaitu, The Lido, yang diiktiraf UWHD (Pembangunan Halal Sedunia Bersatu), Singapura,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama.

Megat Muhammad Farhan berkata, selain kemudahan surau atas kapal mewah itu, kolam renang dan gimnasium pula membenarkan pakaian patuh syariah di kawasan tersebut.

Menurut beliau, pakej mesra muslim ditawarkan dengan kerjasama pengendali kapal mewah itu berjaya menarik penyertaan lebih ramai pelancong Muslim untuk menikmati konsep percutian atas kapal.

Alhamdulillah permintaan pakej mesra Muslim ini amat menggalakkan, saya boleh katakan ketika ini tempahan untuk percutian kita ketika ini hampir 70 peratus adalah daripada rakan-rakan umat Islam.

“Kita juga akan sentiasa tambah baik pakej ini, termasuk perancangan mengadakan lebih banyak aktiviti berunsur keagamaan, pengisian kerohanian sepanjang pelayaran seperti ceramah, kuliah subuh, tasmik al-Quran dan bicara hadis, dengan membawa bersama personaliti dan tokoh agama dalam pelayaran akan datang,” katanya.

qaliff-travel-logo
genting-dream-cruise-logo

Sementara itu, Pengurus Perniagaan Qaliff Travel Sdn Bhd, Nurul Nabihah Ahmad Jamhor berkata, ketika ini Qaliff Travel menawarkan dua pakej mesra Muslim, iaitu pelayaran empat hari tiga malam dan tiga hari dua malam.

Untuk pakej empat hari, laluannya ialah Pelabuhan Klang-Pulau Pinang-Singapura-Pelabuhan Klang, manakala trip tiga hari melibatkan Pelabuhan Klang-Singapura-Pelabuhan Klang. Di Singapura, kapal akan berlabuh di Marina Bay Cruise Centre untuk beberapa jam dan ketika itu pelancong boleh turun melawat sekitar Singapura sebelum menaiki kapal dan bertolak ke Klang.

“Kita juga ada menawarkan laluan istimewa pada waktu tertentu dengan trip terhad ke Phuket Kadar harga paling murah bagi pelayaran ini adalah bawah RM700 seorang (bilik tanpa tingkap) dan harga tertinggi boleh mencecah RM10,000 seorang dengan kemudahan penginapan dan fasiliti eksklusif di penthouse,” katanya.

Nurul Nabihah berkata, pelayaran bersama Genting Dream menerusi pakej mesra Muslim yang ditawarkan Qaliff Travel boleh disertai sama ada secara perseorangan atau berkumpulan.

BACA >>> Pemandu Civic Putih Terbabas di Genting Highlands Ada 11 Rekod Saman
BACA >>> Kia Tayang K8 Serba Baharu dengan Rekabentuk Ilham Kapal Layar Mewah Termaju

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cruise, Genting Dream, Kapal Mewah, Kapal Mewah Mesra Muslim, Qaliff Travel Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
    Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev