• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Z900RS Yellow Ball Edition (2023) Sempena Tribut Model Ikonik Z1

Kawasaki Z900RS Yellow Ball Edition (2023) Sempena Tribut Model Ikonik Z1

July 11, 2023 By Aryon Leave a Comment

140
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Z900RS edisi khas bakal dilancarkan pada 15 Julai ini sebagai tribut kepada model ikonik Z1 dengan kemasan kuning dan hitam seperti didedahkan dalam artikel ini.

Pengenalan Kawasaki Z900RS itu sendiri sebenarnya tribut kepada cara lama pembuatan motosikal yang menjadi pilihan popular kategori middleweight dengan enjin 4-silinder sebaris, berwajah menarik dan hampir mendekati prestasi jentera superbike.

Model itu didatangkan standard dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi Kawasaki (KTC), dan enjin 4-silinder sebaris 948cc berkuasa 106hp dan tork 95Nm. Ciri lain seperti suspensi, brek dan rim dikekalkan sama seperti model standard.

Namun apa yang istimewa tentang model edisi khas ini ialah warna Yellow Ball (kuning) digunakan. Menurut Kawasaki Z900RS Yellow Ball Edition (2023) akan muncul dalam siri Z900RS yang dilahirkan sebagai penghormatan kepada rekabentuk Z1.

Dengan mengadunkan warna kuning atas latar hijau gelap dengan teknik salutan khas, tektur berkilat dan berat dapat dihasilkan.

Bahagian tangki tertera lencada KAWASAKI yang menyerlahkan imej Z1. Selain itu daripada komponen bolt dan rim hingga panel meter, tangki minyak, pelana dan kowl pelana, Kawasaki Z900RS Yellow Ball Edition (2023) memberikan lebih banyak perincian.

Menurut Kawasaki, inilah Z900RS yang digubah dengan rapi dan teliti. Kawasaki juga mendakwa memberikan perincian tambahan pada kemasan cat dihasilkan, sekali gus mengubah harga asal model itu kepada 1,562,000 yen (RM51,630), termasuk cukai.

BACA >>> Kawasaki Perkenal Z1000 R Edition (2020), Bengis Habis!
BACA >>> Kawasaki Z900RS (2023) Lancar di India, Harga RM89.6k!

kawasaki-z900rs-yellow-ball-edition-2023-7
kawasaki-z900rs-yellow-ball-edition-2023-1
kawasaki-z900rs-yellow-ball-edition-2023-2
kawasaki-z900rs-yellow-ball-edition-2023-3
kawasaki-z900rs-yellow-ball-edition-2023-4
kawasaki-z900rs-yellow-ball-edition-2023-5
kawasaki-z900rs-yellow-ball-edition-2023-6

SUMBER: RideApart

Related

140
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Z1, Kawasaki Z900RS, Kawasaki Z900RS Yellow Ball Edition (2023), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev