• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aapico Jalin Kerjasama dengan Proton, Labur RM140j untuk Keluarkan Komponen, Alat Ganti

Aapico Jalin Kerjasama dengan Proton, Labur RM140j untuk Keluarkan Komponen, Alat Ganti

July 3, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


SYARIKAT alat ganti kenderaan terbesar Thailand, AAPICO Hitch Public Company Limited (Aapico) menjalinkan kerjasama bersama pengeluar kereta nasional, Proton menerusi subsidiarinya, Advance Vehicle Engineering Global Sdn Bhd (AVE Global) untuk mengeluarkan komponen dan alat ganti seperti dies, jig, hot stamping, badan kenderaan dan casis.

Kerjasama berkenaan menyaksikan Aapico memiliki pegangan saham 60 peratus AVE Global daripada Proton, dan 40 peratus dimiliki Proton dalam syarikat yang akan dinamakan semulasebagai Aapico Avee Sdn Bhd.

Perkongsian berkenaan juga menyaksikan Aapico melakukan pelaburan awal bernilai RM40 juta ke atas fasiliti AVEE Global seluas 20 ekar di Tanjung Malim.

la disusuli perancangan meluaskan lagi usahasama berkenaan bagi memenuhi permintaan terhadap kenderaan Proton dan keseluruhan sektor automotif yang semakin meningkat, membabitkan pelaburan RM100 juta dalam perancangan 2024 dari segi peluasan kilang dan pemerolehan jentera baharu.

Kemudahan pembuatan sedia ada akan meningkatkan jumlah pengeluarann dengan produk baharu yang kini dalam perancangan. Dengan pengalaman dan kepakaran luas, Aapico akan menguruskan operasi dan memperkenal penggunaan teknologi baharu untuk mengeluarkan alat ganti lebih berkualiti, menambah baik pengeluaran dan meniimatkan kos.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aapico Hitch Public Company Limited, Yeap Swee Chuan berkata, Aapico mengambil peluang menyertai sektor pembuatan alat ganti di Malaysia pada masa tepat, dengan perkembangan baik dijangka dalam industri automotif, diterajui permintaan kukuh untuk kenderaan Proton dan disokong pertumbuhan ekonomi mantap.

Kami berhasrat membawakan kepakaran dan teknologi pembuatan dalam usahasama ini dan menyediakan alat ganti bertaraf dunia kepada Proton dan menyokong pelan perkembangan mereka di pasaran tempatan dan eksport."

Sementara itu, CEO Proton, Dr Li Chunrong berkata, usahasama dengan Aapico akan memberi manfaat kepada Proton dengan membantu syarikat dari segi pengoptimuman kos, kecekapan dan kualiti lebih baik dalam pengeluaran kereta nasional.

Memandangkan jumlah pengeluaran kami meningkat seiring pelan perancangan model, kami akan terus berusaha memastikan produk kami standing dengan pesaing dari segi ciri dan kualiti, serta pada masa sama, terus menawarkan jaminan keselamatan cemerlang daripada penggunaan teknologi seperti hot press forming."

Perkongsian strategik Aapico-Proton adalah usahasama kedua Aapico dalam sektor alat ganti kenderaan di Malaysia.

Pada awal tahun in, syarikat dari Thailand itu menandatangani perianjian usaha sama dengan Purem, iaitu salah satu pembekal sister ekzos terbesar dunia.

Dengan pelaburan awal RM30 juta, Aapico memegang 49 peratus pemilikan, dan 51 peratus daripada Purem Aapico Sdn Bhd yang mensasarkan mengeluarkan sistem ekzos dan mula membekalkan kepada Proton pada suku ketiga tahun ini.

Yeap berharap dua pelaburan awal itu akan menjadi permulaan kepada perkongsian jangka panjang dengan Proton untuk menyokong peranan pengeluar nasional itu sebagai pemangkin membangunkan ekosistem automotif negara.

BACA >>> Proton, Affin Bank Lancar Kad Kredit Khas untuk Pemilik Proton
BACA >>> Proton DX Tawar Pengalaman Digital Automotif Pertama Malaysia, Dibuka di Quill City Mall!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: AAPICO, Aapico Avee Sdn Bhd, alat ganti, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdu Aziz, MITI, Proton, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev