PROTON dan Affin Bank mengumumkan kerjasama strategik menerusi pelancaran kad kredit/-i afiliasi kepada pemilik Proton.
Kad Kredit/-i Afiliasi Affin Avance Proton menawarkan keistimewaan dan faedah eksklusif kepada pelanggan Proton apabila digunakan untuk membuat pembayaran di cawangan dibenarkan.
Berikut manfaat yang dapat dinikmati pemegang kad:
- Pengecualian yuran tahunan seumur hidup.
- 3x mata ganjaran Affin untuk menjamu selera, pembelian atas talian atau e-dagang, dan transaksi di outlet Proton.
- 1x mata ganjaran kad kredit Affin untuk transaksi runcit lain.
- Permohonan overdraf atau tunai tanpa kerumitan.
- Caj 0 peratus untuk pelan ansuran mudah hingga 24 bulan - caj 0 peratus untuk kadar faedah/keuntungan bagi pembelian di cawangan Proton, termasuk servis.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, pelbagai faedah dan keistimewaan ditawarkan dapat meningkatkan pengalaman pemilikan sambil memberi ganjaran kepada pelanggan apabila kereta diservis atau pembelian sebarang produk Proton.
Mana-mana pembeli Proton yang membiayai pembelian dengan Affin Bank, secara automatik akan ditawarkan kad baharu ini dan kami menggalakkan semua pemilik sedia turut memohon untuk menikmati keistimewaannya,” kata Roslan.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah percaya kerjasama itu menunjukkan semangat inovasi yang wujud dalam Affin Bank dan Proton sambil membantu memberi ganjaran dan mengembangkan asas pelanggan untuk kedua-dua jenama
BACA >>> Proton DX Tawar Pengalaman Digital Automotif Pertama Malaysia, Dibuka di Quill City Mall!
BACA >>> Proton X90 Jual 257 Unit Sepanjang Mei 2023, SUV Segmen-D Nombor Dua di Malaysia!
Leave a Reply