ADA satu kisah sedang menghantui padok MotoGP sejak beberapa bulan lalu tentang Honda dan Yamaha yang MUNGKIN menarik diri daripada kejuaraan dunia itu.
Jika dua pengeluar Jepun itu berundur daripada MotoGP, ini memberi petunjuk kurang baik tentang sukan lumba tersebut. Ditambah pula cerita Suzuki nekad meninggalkan MotoGP musim ini walaupun berdepan risiko didenda.
PRESTASI HONDA, YAMAHA
Laporan mengatakan pengendali MotoGP, Dorna Sport SL sedang berusaha menyelamatkan keadaaan dan membantu mengekalkan kewujudan pengeluar Jepun dalam sukan tersebut.
Honda terjerumus dalam situasi hampa siri GP Dunia sejak tiga tahun kebelakangan ini, manakala Yamaha pula gagal memenangi sebarang perlumbaan sejak GP Jerman 2022. Prestasi terbaik sepanjang musim ini ialah tempat ketiga di GP Amerika, dilakukan Fabio Quartararo.
Di GP Assen, ada rundingan tidak rasmi antara Dorna dengan pihak yang membekalkan jentera kepada lima pasukan pengilang (factory) GP. Ini susulan situasi Honda yang masih gagal bangkit daripada situasi menghampakan dan jentera Yamaha YZR-M1 pula masih tidak berdaya memberi saingan kompetitif terhadap pelumba lain.
Peminat sudah tentu tidak mahu melihat seorang lagi bintang GP mengikut jejak Valentino Rossi untuk bersara yang menjadikan suasana MotoGP semakin suram.
Cubaan Ubah Nasib Honda, Yamaha
Sama seperti 2014, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta pernah menghulurkan bantuan kepada Ducati hingga pengeluar itu mampu membina jentera kemenangan selepas kejayaan Casey Stoner pada 2007.
Waktu itu, bos pasukan Ducati, Gigi Dall'Igna berjaya mendapat izin melakukan transformasi ke atas pasukan pengilang Ducati Corse menerusi Andrea Dovizioso dan Nicky Hayden (Honda) daripada status Factory kepada Open-Class, yang hadir dengan beberapa kelebihan.
Satu persetujuan pelik dicapai sembilan hari sebelum MotoGP 2014 bermula dengan Ducati diberi manfaaf Open Class untuk musim 2014 dan 2015.
Alasannya mudah, Ducati gagal memenangi sebarang perlumbaan sepanjang 2013. Maka, empat pelumba Ducati Corse dan Pramac layak mendapay manfaat Open Class untuk saingan 2014 dan 2015.
Factory vs Open Class 2014
Factory
- Perlu menggunakan unit kawalan elektronik (ECU) dibekalkan Dorna, tetapi dibenarkan menggunakan perisian sendiri.
- Had lima unit enjin setahun dengan pembekuan pembangunan enjin.
- Cuma 20 liter petrol boleh diisi setiap perlumbaan
- Perlu patuh kawalan ujian rasmi Dorna
Open Class
- Perlu menggunakan ECU Dorna dan perisian yang juga dibangunkan pemilik siri tersebut
- Diberi tayar belakang baharu Bridgestone (lebih lembut)
- Hany isi 24 liter petrol setiap perlumbaan
- 12 unit enjin boleh dibangunkan sepanjang tahun.
- Bebas membuat sebanyak mana ujian dimahukan.
Ini bermaksud Ducati mendapat tambahan tujuh unit enjin berbanding pencabar GP lain, dibenarkan menambah kuasa dan kelajuan mengikut suka dan tidak perlu bimbang penggunaan petrol.
Pada 2014, Andrea Iannone (Pramac Ducati) mencatat rekod kelajuan terpantas MotoGP di Mugello dengan kelajuan 349.6kmj.
Sekadar perkongsian, Ducati juga gagal mencatat kemenangan pada 2011 dan 2012. Ketika itu, tiada sesiapa sangka ada ganjaran disediakan untuk kegagalan. Hal itu disedari Dall'Igna dan beliau segera mengambil manfaat.
PRESTASI SEMASA PENGELUAR JEPUN
HRC Honda mencatat dua podium sepanjang musim lalu dengan Pol Espargaro di tempat ketiga GP Qatar 2022, manakala Marc Marquez menjadi Naib Juara GP Australia 2022. Musim ini, Alex Rins (LCR Honda) muncul juara GP Amerika 2023. Tiga pencapaian itu menunjukkan tiada prospek mendapat layanan istimewa Open Class.
Pengarah Teknikal MotoGP, Danny Aldridge berkata;
Pengeluar cuma mendapat 'konsesi' jika gagal mengutip sebarang poin konsesi dalam suatu musim penuh.
"Sebagai contoh, jika pengeluar cuma mengumpul poin konsesi tunggal dalam tempoh dua musim akan datang, mereka tidak akan terima sebarang konsesi. Walaupun satu podium, Factory akan kekal sebagai 'pengeluar bukan konsesi'."
HARAPAN DORNA
Pengurusan Dorna berharap Ducati, KTM dan Aprilia bersetuju dengan 'konsesi' untuk membantu momen sukar Honda dan Yamaha. Ramai pakar tertanya, berapakah lama pasukan Jepun sanggup menunggu dan menahan malu dengan prestasi hambar masing-masing.
Apapun, Ducati memang pernah dibantu Dorna pada 2013, tetapi masih belum menyatakan persetujuan dengan rancangan 'konsesi' kerana belum dibuat secara rasmi. Maknanya, tiada perbincangan rasmi dbuat pihak berkaitan dan hanya pertanyaan dalaman.
Bos Aprilia Racing, Massimo Rivola memberitahu Speedweek;
Kamu tak penuhi syarat untuk layak terima 'konsesi'. Jadi, kami tak akan bersetuju (dengan cadangan Dorna)."
Bantahan juga dijangka datang dari kem KTM dan Ducati. Ini kerana tiada mana-mana pasukan mahu memperjudi semua kelebihan teknikal yang dibawa ke litar untuk memburu kejuaraan.
MANFAAT 'KONSESI' HONDA, YAMAHA
Ada kemungkinan Honda dan Yamaha menerima manfaat jika semua pasukan pengilang bersetuju membenarkan pemberian 'konsesi' seperti:
- Jumlah tayar lebih tinggi untuk tempoh setahun
- Dibenarkan menaik taraf satu atau dua enjin hingga akhir musim
- Lebih bebas merekabentuk pakej aerodinamik
- Dibenarkan melakuka beberapa ujian persendirian
SUMBER: Speedweek | Motorsport
Leave a Reply