• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penggunaan Kamera Badan pada Anggota JPJ Masih Dikaji

Penggunaan Kamera Badan pada Anggota JPJ Masih Dikaji

June 22, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) masih berada di peringkat kajian terhadap penggunaan kamera badan atau Body Worn Camera (BWC) untuk anggota penguat kuasa agensi Kerajaan itu.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, peringkat kajian adalah membabitkan siri pembuktian konsep (POC) untuk mengkaji pelbagai aspek melibatkan perundangan, pengoperasian, implikasi kewangan, keberkesanan, penilaian keupayaan alat BWC dan teknologi digunakan.

Hasbi ketika menjawab soalan Senator Aziz Ariffin yang bertanya mengenai penguatkuasa JPJ menggunakan kamera badan, berkata;

Kamera (BWC) atau Kamera Badan bagi anggota penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sememangnya sedang dalam penelitian Kementerian Pengangkutan."

Hasbi berkata, Kementerian berpandangan penggunaan kamera badan bukan saja dapat meningkatkan integriti penguatkuasaan JPJ semata-mata, tetapi berupaya melindungi anggota penguatkuasa JPJ daripada pelbagai tohmahan atau tuduhan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, setakat ini ada tiga syarikat menawarkan POC kepada JPJ yang dilaksanakan berperingkat.

Kajian penggunaan kamera badan dijangka berakhir 30 September depan dan laporan penuh akan dihantar kepada Kementerian Pengangkutan bagi proses selanjutnya.

Hasbi berkata, kini terdapat tiga syarikat menawarkan POC kepada JPJ yang dilaksanakan berperingkat. POC tersebut melibatkan pejabat JPJ seluruh ibu negeri dan cawangan terpilih termasuk Sabah dan Sarawak.

BACA >>> JPJ Tahan Pemandu Lori RORO Berusia 13 Tahun Bersama Kelindan Berumur 15 Tahun
BACA >>> Mat Motor Selamba Langgar Lampu Merah Depan Peronda JPJ

SUMBER: RTM

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Body Worn Camera (BWC), Boy worn Camera, Datuk Hasbi Habibollah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kamera badan, Kementerian Pengangkutan, Timbalan Menteri Pengangkutan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev