• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Tahan Pemandu Lori RORO Berusia 13 Tahun Bersama Kelindan Berumur 15 Tahun

JPJ Tahan Pemandu Lori RORO Berusia 13 Tahun Bersama Kelindan Berumur 15 Tahun

June 6, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan sepasukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor ketika memandu lori Roll On Roll Off (RORO) di Persiaran Mokhtar Dahari, di Shah Alam.

Lebih mengejutkan, hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaan dipandu remaja lelaki itu bersama abangnya berusia 15 tahun sebagai kelindan.

 

Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata anggota bertugas mengesan kenderaan berat tanpa muatan itu dalam keadaan mencurigakan sebelum menahannya ketika pihak anggota JPJ sedang melakukan rondaan kira-kira jam 12.30 tengah hari Sabtu lalu.

Menurut JPJ, antara kesalahan yang dilakukan oleh remaja tersebut termasuklah memandu bawah umur, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, cermin gelap, memasang lampu mata arah (strobe light) serta tiada tanda had laju.

Khairul Khar berkata, siasatan awal mendapati remaja yang masih bersekolah itu melakukan kerja secara sambilan memandu lori RORO milik syarikat keluarganya.

JPJ bertindak menyita lori terbabit mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Kenderaan itu dibawa ke Stesen Penguatkuasa Ijok untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau turut menegaskan memandu di bawah umur boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39 APJ 1987.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan," katanya.

BACA >>> JPJ Didakwa Mahu Lucut Hak Milik Lori Sita, Walaupun Denda Sudah Bayar
BACA >>> JPJ Minta Pemilik Kenderaan Disita Kemas kini Alamat untuk Elak Dilelong

SUMBER: Berita Harian

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 13 tahun, 15 tahun, Datuk Khairul Khar Yahya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lampu Mata Arah, LKM tamat tempoh, Lori RORO, Memandu bawah umur, Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my