• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Panasonic, Mazda Bincang Kerjasama Guna Bateri Silinder untuk EV

Panasonic, Mazda Bincang Kerjasama Guna Bateri Silinder untuk EV

August 21, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUKAN semua kenderaan elektrik (EV) itu sama. Jujur dikatakan, pengguna yang mahu memiliki EV perlu membuat kajian sebelum memilikinya.

Aspek penting ialah sistem elektrik dan pakej bateri ditawarkan sama ada menepati keperluan dan kehendak pembeli.

Bagaimanapun, Mazda adalah antara pengeluar yang mengambil langkah berbeza. Model EV, Mazda MX-30 misalnya mempunyai jarak pemanduan hingga 199km dengan kelajuan maksimum 140kmj dan kapasiti bateri 35.5kWj.

Kenapa? Alasannya, Mazda mahu mengurangkan impak ke atas alam sekitar. Ya, Mazda memang berbeza! Mazda juga menjadi pengeluar yang nekad menghidupkan semula enjin rotari yang berfungsi sebagai generator pada Mazda MX-30 R-EV, sekali gus menangani masalah kemurungan jarak (range anxiety) dalam kalangan pengguna EV.

Dalam perkembangan terbaru, Panasonic Energy Co Ltd (Panasonic Energy) dan Mazda Motor Corporation (Mazda) bersetuju membuat perbincangan menubuhkan kerjasama jangka masa sederhana dan panjang bagi memenuhi permintaan bateri EV dan bateri automotif.

Perbincangan itu mengenai Panasonic Energy membekalkan Mazda dengan bateri silinder litium-ion automotif (foto atas) yang dikeluarkan di kilang Panasonic Energy di Jepun dan Amerika Utara, manakala Mazda menggunakan bateri dari Panasonic Energy untuk kenderaan bateri yang akan dilancarkan dekad kedua 2020 (2025 ke atas).

Panasonic Group dan Mazda sebenarnya sudah mejalin hubungan yang baik sejak sekian lama. Mazda menggunakan bateri Panasonic pada Demio EV (foto atas kiri) dan dipajak pengeluar itu sejak 2012. Bateri Mazda MX-30 juga dibekalkan Panasonic.

BACA >>> Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV (2023) Menang Anugerah Inovasi TopGear.com!
BACA >>> Sistem KPC Buat Mazda MX-5 Miata (2022) Sedap Layan 'Corner'!
BACA >>> Enjin Rotari Kembali Lagi untuk Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV Berkuasa 168hp, Tork 260Nm

Related

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, EV, mazda, Mazda MX-30, panasonic, Panasonic Energy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my