• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Triton Champion Xperience, Jom Rasai Karakter Trak Pikap di Shah Alam!

Mitsubishi Triton Champion Xperience, Jom Rasai Karakter Trak Pikap di Shah Alam!

June 21, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


ANDA boleh merasai sendiri pengalaman pemanduan rali dan menguji keupayaan trak pikap Mitsubishi Triton dengan hadir ke acara Mitsubishi Triton Champion Xperience, hujung minggu ini.

Program anjuran Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) itu berlangsung dua hari pada hujung minggu ini di Shah Alam, Selangor. Berikut perincian jadual dan lokasi acara:

Mitsubishi Triton Champion Xperience 2023

  • Tarikh: 24 - 25 Jun 2023 (Sabtu dan Ahad)
  • Masa: 9 pagi - 6 petang
  • Lokasi: Tanamera Experience, Shah Alam di Selangor.
  • Bayaran Masuk: Percuma

Didorong kejayaan dalam Asia Cross Country Rally (AXCR), MMM cuba mengukuhkan pengendalian dan kebolehpercayaan terhadap trak pikap Triton yang akan dibuktikan menerusi sesi 'taxi ride' dan pandu uji off-road untuk menguji sistem pacuan Mitsubishi Motors Super-Select 4WD II dan mod off-road.

Mod off-road adalah ciri pertama dibangunkan Triton yang dibahagikan kepada empat opsyen pemanduan: Gravel, Sand, Muddy, dan Rock untuk tambahan cengkaman.

Bagaimanapun, tempahan awal untuk slot pandu uji di laman MMM sudah habis. Apapun, jangan risau kerana anda juga boleh hadir secara terus (walk-in) ke lokasi acara untuk sesi taxi rides dan pandu uji. Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada pengunjung yang datang dulu.

Peserta awal yang menyertai sesi pandu uji akan menerima beberapa hadiah menarik, seperti baju-T Champion Xperience, tambah nilai Touch N' Go dan peluang memenangi beg North Face Explore Bardu II, tertakluk terma dan syarat.

Pelanggan yang membuat tempahan Triton pada acara tersebut pula bakal menikmati promosi eksklusif sah hingga 30 Jun ini, dan satu bekas air Stanley.

Harga atas jalan tanpa insurans trak pikap Mitsubishi Triton bermula RM105,000, manakala Mitsubishi XPander berharga serendah RM99,980. Harga adalah termasuk cukai jualan dan perkhidmatan 10 peratus, untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia.

Jangan lepaskan peluang ini! Jumpa di sana!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Asia Cross Country Rally (AXCR), Asia Cross Country Rally (AXCR) 2022, autoterkini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Mitsubishi Motors Super-Select 4WD II, Mitsubishi Triton, Mitsubishi Triton Champion Xperience, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my