• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Tumpaskan Sindiket Curi 'Catalytic Converter' Ekzos Kereta di Parkir MRT, LRT

Polis Tumpaskan Sindiket Curi 'Catalytic Converter' Ekzos Kereta di Parkir MRT, LRT

June 20, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


DUA lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam sindiket mencuri dan menjual penukar bermangkin (catalytic converter) ekzos pelbagai jenis kenderaan yang diletakkan di kawasan tren Transit Aliran Massa (MRT) dan Transi Aliran Ringan (LRT) sekitar Lembah Klang.

Komponen dicuri itu dikatakan dijual di pasaran luar negara pada harga anggaran antara RM500 dan RM2,500 setiap satu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua suspek berusia 30-an dan 40an itu ditahan di Petaling Jaya, Selangor dan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur semalam.

Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai memotong setiap penukar bermangkin yang dicuri daripada kenderaan diparkir sebelum diserahkan kepada ejen.

Ejen kemudian akan menjual pula kepada pemborong dari pasaran luar negara yang memerlukan material dalam ekzos, iaitu platinum, palladium dan rhodium. Suspek mula mencuri komponen kenderaan itu kerana mendapat permintaan menguntungkan di pasaran luar negara.

Hussein berkata;

Anggaran komponen ini boleh dijual di pasaran luar negara antara RM500 dan RM2,500 setiap satu. Hasil tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan 15 kes kecurian komponen itu sekitar Lembah Klang,” katanya.

Menurutnya lagi, polis merampas barangan seperti empat gergaji besi, sepasang sarung tangan, dua jek kereta dan 45 penukar bermangkin ekzos.

Semua suspek direman empat hari hingga Khamis ini untuk siasatan di bawah Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan.

BACA >>> Mati Tertindih Kereta Ketika Curi Ekzos
BACA >>> Geng Curi Ekzos untuk Buat Emas Putih Tumpas

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Catalytic Converter, Datuk Hussein Omar Khan, LRT, MRT, sindiket curi ekzos

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my