• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geng Curi Ekzos untuk Buat Emas Putih Tumpas

Geng Curi Ekzos untuk Buat Emas Putih Tumpas

November 17, 2020 By AO Leave a Comment

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMILIK kenderaan mungkin perlu lebih berhati-hati berikutan pendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai kewujudan 'geng ekzos' dengan modus operansi mencuri ekzos kenderaan untuk mendapatkan emas putih.

Polis dalam serbuan 6 Oktober lalu menumpaskan sindiket curi ekzos kereta yang diletakkan di parkir kenderaan dan bangunan kediaman sekitar Lembah Klang. Suspek ditangkap terdiri daripada tiga lelaki berusia 36 hingga 54 tahun dalam serbuan berasingan di hotel di Jalan Imbi, Kuala Lumpur dan SS2, Petaling Jaya bersama 15 ekzos.

BACA >>> Mat Motor Vietnam Mengadu Asap Ekzos Honda Winner X 'Tembak' Muka Orang Belakang

sindiket-curi-ekzos-tumpas-1
sindiket-curi-ekzos-tumpas-2

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 54 tahun itu adalah pembeli utama barangan curi tersebut.

Menurutnya, setiap ekzos yang dicuri sindiket itu akan dibeli pada harga RM350 hingga RM650 mengikut jenis kenderaan. Suspek turut menjual ekzos yang dicuri itu kepada sebuah syarikat yang dipercayai pembekal barang kemas pada harga RM1,500 setiap satu.

Polis mendedahkan, tiga bahan utama yang ditemui dalam tabung ekzos, iaitu paladium, rodium, dan platinum akan dicampurkan bahan kimia tertentu bagi menghasilkan emas putih. Malah, salah seorang suspek dipercayai aktif membeli ekzos curi daripada suspek sekitar Lembah Klang sejak 2018 dengan mensasarkan kereta jenis Kia dan Hyundai.

"Semakan mendapati suspek berusia 36 tahun itu mempunyai 20 rekod lampau selain dikehendaki di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA), manakala rakannya mempunyai rekod berkaitan dadah.

“Semua tangkapan kini direman mengikut POCA. Orang ramai terutama yang kehilangan ekzos diminta tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil,” katanya.

BACA >>> Bonet Wira Evo RM1.5k Kena Curi!

SUMBER: SinarHarian

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Ekzos untuk Emas Putih, Geng Ekzos, jenayah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my