TAWARAN transmisi manual kini semakin berkurangan, tetapi dilihat sebagai kewajipan untuk kereta sport dan prestasi tinggi seperti siri GR Toyota, Honda Civic Type R, Nissan Z, Mazda MX-5 dan Subaru BRZ.
Transmisi manual dilihat ciri asas dan sejati untuk kereta sport dan prestasi, tetapi sebenarnya perlu juga seiring kemajuan teknologi bantuan pemanduan.
Subaru BRZ manual yang sebelum ini tanpa teknologi bantuan pemandu EyeSight bakal dinaik taraf apabila Subaru memperkenalkan teknologi yang dibangunkan khas untuk model transmisi manual.
Subaru merancang memperkenalkan ciri itu pada BRZ pasaran Jepun menjelang musim luruh ini (September-Disember).
Teknologi EyeSight ialah sistem pertama dunia yang hanya menggunakan teknologi kamera stereo untuk fungsi seperti Brek Pra-Perlanggaran (PCB) dengan Pengesanan Pejalan Kaki, Penunggang Basikal dan Motosikal di laluan kereta, serta Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).
Sejak diperkenalkan pada 2008 dan setakat Mei 2023, jualan kenderaan Subaru dengan sistem bantuan pemandu Eyesight sudah melebihi 5.5 juta unit.
Justeru bagi model manual, Subaru menyesuaikan teknologi daripada sistem EyeSight BRZ automatik, yang mana sistem baharu tersebut mempunyai fungsi PCB dan ACC.
Malah, sistem untuk model manual itu turut menawarkan ciri Amaran Tukar Lorong (LDW) dan Tersasar Lorong, Pengingat Kenderaan Depan Mula Gerak dan Amaran Sonar Belakang (RSW).
Seperti sedia maklum, operasi kereta manual dan automatik memang berbeza. Justeru sistem EyeSight yang dibangunkan itu akan mempunyai kawalan yang disesuaikan mengikut karakteristik pemanduan dan operasi kenderaan manual.
Pendapat penulis, tanpa mengira tahap 'kesejatian' sesebuah kereta transmisi manual, sistem bantuan pemandu memang perlu ada pada kereta massa yang bergerak atas jalan raya awam.
Jadi jangan terkejut ada model massa dan prestasi dengan transmisi manual tiada sistem bantuan pemanduan lengkap seperti ACC. Ini kerana sistem bantuan pemanduan lengkap bukan saja untuk pemandu dan penumpang, tetapi juga keselamatan pengguna jalan raya lain.
BACA >>> #PanduUji: Tentang Teknologi EyeSight pada Subaru XV yang Ramai Tidak Tahu
BACA >>> Subaru Rex Boost Gear Concept (2023), Kembar Lasak Daihatsu Rocky, Perodua Ativa
BACA >>> #TahukahAnda: Lima Dekad dengan Sistem AWD, Kekal Jadi Ciri Premium Subaru!
Leave a Reply