BERMULA 1 Jun, John Buckingham akan bertugas sebagai Ketua Kia Next Design Exterior Group.
Hyundai dan Kia memang kerap melantik individu profil tinggi dalam divisyen rekabentuk. Buckingham sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pereka kanan di BMW dan Bentley Motors. Beberapa bulan lalu, Naib Presiden, Teck Koun Kim dilantik ke jawatan Ketua Kia Next Design Group.
Koun Kim (foto atas kanan) bertanggungjawab terhadap rekabentuk luaran, dalaman, warna, bahan dan kemasan (CMF) untuk siri penuh kenderaan Kia. Tugas Buckingham pula bahagian rekabentuk luaran selain membantu Koun Kim, yang mana kedua-dua individu memiliki latar belakang hebat.
Kia berhasrat menjadi peneraju membentuk masa depan mobiliti menerusi falsafah rekabentuk Opposites United.
Bagi mencapai sasaran itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pusat Rekabentuk Global Kia, Karim Habib menerapkan budaya organisasi inovatif dan proaktif untuk memperkasa pasukan pereka jenama itu.
Buckingham akan mengetuai hala tuju dan proses rekabentuk luaran model masa depan Kia yang menyumbang kepada cita-cita pengeluar itu mahu menerajui standard rekabentuk dalam industri automotif global. Beliau akan bertanggungjawab dalam rekabentuk luaran kenderaan generasi baharu Kia dan juga model elektrik.
Terdahulu, Buckingham bertugas sebagai pereka kanan beberapa jenama mewah seperti Bentley Motors, BMW, dan Faraday Future.
Ketika bersama Faraday Future, beliau bertanggungjawab dalam pembangunan akhir dan membawa model elektrik FF91 ke pasaran.
Bukan saja Buckingham, Kim juga pernah berkhidmat dengan Mercedes-Benz. Selamat jika dikatakan, gabungan mereka berdua sedikit sebanyak menampakkan sisi mewah model baharu Kia.
Memang menarik apabila mengetahui mantan pereka Mercedes-Benz dan BMW kini berada di bawah satu bumbung dan bekerja bersama. Malah, Karim sendiri pernah berkhidmat sebagai Ketua Rekabentuk BMW.
LATAR BELAKANG KOUN KIM, BUCKINGHAM
Naib Presiden, Ketua Kia Next Design Group, Teck Koun Kim
- 2023 ~ : Naib Presiden, Ketua Kia Next Design Group, Kia.
- 2018 ~ 2020 : Ketua Pasukan Rekabentuk Luaran, Kia.
- 2013 ~ 2018 : Pereka Pelaras (Lead Designer) Rekabentuk Luaran, Mercedes-Benz, Jerman.
- 2011 ~ 2013 : Pereka Kanan, Bahagian Rekabentuk Termaju, Mercedes-Benz, Jerman.
- 2007 ~ 2011 : Pereka, Pusat Rekabentuk Termaju Yokohama, Mercedes-Benz, Jepun
- 2005 ~ 2007 : Pereka Luaran, Daihatsu Motors, Jepan.
- 2004 : Sarjana Muda Rekabentuk Industri, Universiti Hongik, Seoul, Korea.
Ketua Kia Next Design Exterior Group, John Buckingham
- 2023 ~ : Ketua Kia Next Design Exterior Group, Kia Corporation,
- 2022 ~ 2023 : Pengurus Kanan Automotif, Faraday Future.
- 2018 ~ 2021 : Pengurus Rekabentuk Luaran, Termaju dan Reka Khusus, Bentley Motors.
- 2012 ~ 2018 : Pengarah Kreatif, BMW Designworks AS.
- 2005 ~ 2011 : Pereka Luaran, BMW Group Design.
- 2005 : Sarjana Muda Seni, Rekabentuk Automotif, Universiti Coventry, United Kingdom.
BACA >>> Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
BACA >>> Eropah Perkenal Varian GT-Line S untuk Kia Ceed, ProCeed dan Xceed (2023)
Leave a Reply