• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Multistrada V2 S (2024) Pula Tampil Liveri Baharu, Pilihan Baharu Selain Ducati Red

Ducati Multistrada V2 S (2024) Pula Tampil Liveri Baharu, Pilihan Baharu Selain Ducati Red

July 3, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI nampaknya mengisi penawaran model 2024 dengan liveri baharu untuk SuperSport 950 S, Monster, Hypermotard RVE, Panigale V2 dan terbaharu, Multistrada V2 S.

Penawaran Ducati Multistrada memang sedia meriah dengan pelbagai model seperti V2, V2 S, V4, V4 S, V4 Pikes Peak dan V4 Rally yang mana 2023 menjadi tahun istimewa apabila genap usia dua dekad model itu.

Ducati Multistrada V2 S Thrilling Black Street Grey.02
Ducati Multistrada V2 S Thrilling Black Street Grey.06

Sejak model pertama, lebih 100,000 unit Multistrada dihasilkan di Borgo Panigale, Itali.

Bagi 2024, Ducati Multistrada V2 S ditawarkan dengan liveri Thrilling Black & Street Grey dan tambahan kepada warna tradisi Ducati Red. Olahan pula tampak seperti motosikal era 80-an.

Skema warna itu menggabungkan warna Street Grey dan GP19 Red, rim merah dan grafik baharu. Enjin pula kekal dwi-silinder 937cc Testastretta berkuasa 113hp @ 9,000rpm, dan tork 94Nm @ 6,750rpm.

Ciri keselamatan dan tunggangan pula terdiri daripada Mod Kuasa, Mod Tunggang, ABS Cornering, Kawalan Traksi Ducati (DTC), sistem Lampu Brek Ducati dan Lampu Belok Ducati.

Sistem Lampu Brek Ducati berfungsi menyalakan lampu belakang automatik apabila membrek mengejut sebagai isyarat kepada kenderaan belakang.

Mod Tunggang ada empat pilihan, iaitu Sport, Touring, Urban dan Enduro yang ada pada Multistrada sejak 2010 dan juga pertama seumpamanya pada sebuah motosikal.

Model ini juga dilengkapi Kawalan Pegun Kenderaan (Vehicle Hold Control, VHC), Kawalan Jelajah, anjakan gear pantas Ducati Quick Shift (DQS) atas bawah, dan panel meter TFT berwarna 5 inci.

Walaupun Ducati Multistrada V2 S (2024) nampak tinggi, tetapi ada alternatif lain iaitu kombinasi tinggi pelana 790mm dan kit suspensi rendah jika pelana standard 830mm tidak sesuai untuk sesetengah penunggang. Ducati turut menyediakan dua lagi pilihan, iaitu pelana 850mm dan 810mm. Berat kerb motosikal ini 222kg.

Di Britain, Ducati Multistrada V2 S (2024) dijual pada harga £15,795 (RM93,570), sedikit mahal berbanding Ducati Red.

BACA >>> Ducati SuperSport 950 S (2024) dengan Liveri Baharu, Strip Merah Tambah Karakter
BACA >>> Ducati Diavel V4 (2023) Diperkenal, Enjin V-Twin Diganti V4, Lampu Belakang Unik!
BACA >>> Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!

Ducati Multistrada V2 S Thrilling Black Street Grey.05
Ducati Multistrada V2 S Thrilling Black Street Grey.04
Ducati Multistrada V2 S Thrilling Black Street Grey.03
Ducati Multistrada V2 S Thrilling Black Street Grey.02
Ducati Multistrada V2 S Thrilling Black Street Grey.01
Ducati Multistrada V2 S Thrilling Black Street Grey.06
Ducati Multistrada V2 S Thrilling Black Street Grey.07

Related

39
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Multistrada, Ducati Multistrada V2 S, Ducati Multistrada V2 S (2024), Ducati Multistrada V2 S Thrilling Black & Street Grey, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev