• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Amerika Lancar Honda ADV160 (2024) dengan Brek Dram Belakang, Harga RM20.7k!

Amerika Lancar Honda ADV160 (2024) dengan Brek Dram Belakang, Harga RM20.7k!

June 14, 2023 By Shawkath Leave a Comment

150
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA ADV160 (2024) sudah memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS) dalam dua warna pilihan: Red Metallic (merah) dan Pearl Smokey Gray (kelabu) pada harga bermula AS$4,499 (RM20,790).

Honda ADV160 yang diedarkan American Honda Motor masih menggunakan brek belakang jenis dram yang berbeza daripada model edaran Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia yang sudahpun dilengkapi set brek cakera pada kedua-dua roda.

2024 Honda ADV160 pearl smokey gray
2024 hONDA ADV160 red metallic

Bagaimanapun, Honda ADV160 (2024) itu kekal dengan beberapa ciri terkini seperti visor angin boleh laras 2 tahap dan sistem suspensi Showa. Rekabentuk model AS juga nampak sama seperti Malaysia.

Honda ADV160 (2024) hadir dengan panel meter digital penuh, sistem signal henti kecemasan (ESS) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ADV160 versi AS tersebut didatangkan dengan teknologi kawalan tork HSTC (Honda Selectable Torque System) seperti model Malaysia.

Trenkuasa digunakan juga sama, enjin eSP+ 4-lejang 4-injap silinder tunggal 157cc SOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI). Transmisi jenis automatik dengan tali sawat V-Belt.

Tiada data kuasa dikongsi, tetapi spesifikasi enjin dalam laman web Honda AS sama seperti BSH.

BACA >>> BSH Lancar Honda ADV 160 (2023) di Malaysia, Harga RM12.9k
BACA >>> #Perbandingan: Apakah Beza Enjin Honda Vario 160, PCX160, ADV160?

SUMBER: WarungSep

Related

150
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: American Honda Motor, Boon Siew Honda (BSH), Honda ADV160 (2024), HSTC (Honda Selectable Torque System), roda2, skuter, Skuter 160cc, skuter advencer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev